Beliau sangat special di hati saya. Sebab tanpa beliau dan tanpa izin Allah, saya xd tercongok depan lappy makan chicken char kuew teow medan selera plus bubble tea watermelon lychee sambil ketuketak keyboard.
Ini cerita pasal ayah saya yang gagah perkasa.
Masa kecik-kecik dulu, ayah selalu pergi kerja luar negara, dan saya duduk kat terengganu dengan ibu, tu setakat memori yang saya ada lah.
Masa sekolah dulu, ayah jarang amik report card kat sekolah, pernah sekali je saya ingat ayah amik, tu pun tanya macam mana maths, macam mana science, ok dah. Kalau ibu, siap bocorkan rahsia saya lagi kat cikgu2. Malu je.
Masa form 1, pernah sekali ayah patut ambik saya kat sekolah. Masa tu sekolah petang. Saya tunggu lama gilaaaaa tak datang2 pun. Rupanya ayah pegi tunggu dekat sekolah rendah Au5. Sobs.
Tapi saya ingat lagi masa tu saya form 4. Weekend tu akan start cuti panjang, nak balik rumah. Tapi 2 hari before tarikh flight, ayah datang langkawi bagi printed paper pasal flight tu. Lepas tu dia drive balik rumah. Entah saya pun xpaham.
Sama jugak masa dekat kms pun. Saya nak sangat dslr, sehari sebelum Bayai project, ayah datang malam tu, hantar dslr. Ajar2 sikit depan gate tu, lepas tu dia balik.
Ohh ayah saya tak garang, tapi xtau kenapa kalau dia cakap sekali je, kitorang semua lintang pukang buat kerja.
Even ayah saya x cakap terang2, tapi kitorang tau dia sayang. Sebab dia shows. :)
Kenapa tajuk my dad my hero? Sebab nanti nak kawen saya nak bakal suami yang hebat mcam ayah saya jugak. hehehe okay lari topik. =.=' Taklah, sebab....
saya sayang ayah saya.
No comments:
Post a Comment