CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, February 24, 2012

Voucher.


Assalammualaikum.

Terima kasih lah kepada pokcik2 bagi voucher buku rm200. So lepas tigapat kali bertapa kat kedai buku, ditemani manusia yang x pernah bosang, ni yang dapat beli.



Ingatkan nak beli buku Tun Dr Mahathir tu, tapi duk dilemma nak beli ke tak, last2 rembat Malay Dilemma je. And semalam ibu tunjuk satu buku best, tapi terlambat dah. Namaku Bukan Maria tu kisah Natrah tapi diubah sikit kalau Natrah x pergi.

Dan dapat jugak melantak Seoul Garden! Kl Festival City not bad, banyak kedai. Lagi 6 bulan mesti dah lagi cantik bila siap nanti.

Okay. Dah kena bersiap2. Saat2 terakhir kat Malaysia sampailah Ogos insyaallah. Menikmati internet laju unifi. Kat sana siput dah, susah nak update blog. Doakan kami ye. :)



Friday, February 17, 2012

Ride the Movieesssss! :D

Assalammualaikum!

Halooooooo dah lama tak bertwitter. Sebab duduk rumah. Too busy having fun at home. Bila balik India nanti, bila rasa macam takde life without sweethearts, barulah kita kembali tweet. Ok.

Btw ni nak share cerita manusia2 hebat pergi jalan-jalan Universal Studio Singapore!

Bertolak hari Selasa dari Terminal Bersepadu Selatan (cung gilos macam epot oh!) sampai Larkin. Lepas tu check in hotel terus. Lepas tu pergi membahayakan nyawa lintas highway semata-mata nak makan Singgah Selalu......

lagi 5 orang yg dah lintas dok bagi kata2 semangat time ni.

Makanan kat Singgah Selalu tu boleh tahan sedap! Berbaloi lah. Rasa.. normal. Takde la mcm whoa sangat.
Kuey teow Thai something2. (rindu real kueyteow, kat India guna pasta)

Lepas makan, pergi rumah nenek kawan, and makan lagi. Ada kuih jongkong (kalau xsilap) ada karipap, keropok, melantak macam orang belum makan. Terima kasih Mak Tok! :) Pastu pergi Angsana tukar duit, then ke Danga Bay. Malangnya kitorang pergi malam Valentines, penuh manusia berpasang pasangan. Tapi mereka kata kalau bukan Valentines Day pun, memang begitu.





Esoknya, awal2 pagi dah bertolak ke Singapura, sampai sana around 9 am. Belum pun pukul 10, (Universal Studio bukak pukul 10) orang ramai dah start beratur nak masuk. Weekdays pun ramai! Masa sampai tu rasa macam terujaaaa!
Gambar Wajib.

Po!


Transformers Ride was awesomeeeee!!!!!!

Far far away land bebeh!

Egypt.

Jurassic Park. Boat ride sampai basah kuyup. Cool.

Kena buli ngan Shrek n Fiona. Kejam gila diorang nih.

Street Dance.



Takmalujap kitorang naik Mary Go round Madagascar version. Hehe
Menari I Like To Move It Move It. Comeyyyy!

Banyak lagi benda2 superb kat sini macam rides Cyclone n merah tu apa tah nama dia. Setiap kali lepas naik pusing2 mesti kena makan asam. Pening. And 3D Theatre Shrek memang best, bila Donkey bersin ada splash kat muka. huuu. Musical hantu2 pun best. Waterland punya performance memang gua respek lah! Kagum. And street performance was cool.

Kitorang lunch kat Goldilocks, KFC style. Overall, spent untuk makan lunch n dinner dalam $25. So kalau tukar rm200 tu cukup je untuk beli-beli.

Lepas tu naik monorail pergi beach, tengok Songs of the Sea. Monorail tu freeeee.


Bus balik Johor pukul 1030. Balik-balik tu, flat terus. Esoknya, pergi Melaka ambik voucher. Lepas tu tengok Dental building cung! Tapi time tu tengah ada exam, so xboleh naik. Kitorang boleh masuk OPD je. Sampai rumah dalam pukul 7pm dengan selamatnya alhamdulillah :) Sekian~

p/s Last picture. Terima kasih banyak2 kepada dia ni juga sebab bangun pagi hantar. :')






Saturday, February 11, 2012

Mengundi - saya budak kecik lagi.

Assalammualaikum.


Alhamdulillah dah sampai Malaysia dalammm 5 hari lepas. Namun ikan patin masak tempoyak belum mampu jamah lagi. Argh.

Haritu ibu tanya, bila nak pergi daftar mengundi.

"Taknak mengundi boleh tak?"

Sila jangan suruh saya baca post pasal hukum mengundi sekian terima kasih.

Sebenarnya diri sendiri pun memang taknak jadi orang atas pagar, rasa macam x bertanggungjawab pulak kan. Tapi nak buat macam mana. Saya budak kecik lagiiiii. hee

Okay. asbabnya ialah ini - Surrounding Authority - klik!

p/s politik memeningkan. jom bina sistem khilafah semula jommm?

Friday, December 30, 2011

Selamat Hari Jumaat!

Assalammualaikum~

Setelah sekian lama nak log in blog ni, akhirnya dapat juaaa. Kalau letak siput sebelah internet speed ni nescaya siput lagi laju.

Nak upload gambar atas permintaan manusia2 hebat di Malaysia dan US sana, tapiii cable bb hilang lah. nak kena pinjam orang punya dulu. Banyak benda nak cakap ni.

[x] Tahniah to my sistahh Nur Arina a.k.a Kak In a.k.a Tok Ing! Nak hadiah sila mintak cepat, tapi haruslah dalam range harga yang bakal diberitahu kemudian. Love yah!

[x] Berita Harian dah keluar cerita pasal Ombak Rindu cetak rompak kat utube. Belum tgk lagi, plis lah jgn block. Btw novel Ombak Rindu ni saya baca masa lower form dulu, zaman2 gila novel melayu. 7,8 tahun dulu. Hahaha kecik2 dah baca cerita kaweng2! Haishhh

[x] Prostho saya dah start susun gigi untuk 3rd denture, alhamdulillah rasa easier than previous ones. Tapi sekarang terpaksa bawak balik segala harta benda prostho, duduk depan stove kat dapur, buat prostho.

memang betullah orang2 dulu kata perempuan tak payah belajar tinggi2, nanti duduk dapur jugak. Now belajar tinggi2 pun kena belajar kat dapur jugak =.="

[x] Conservative dentistry practical - dah habis buat cavity, seronok guna mesin greng grennngg. now tengah buat filling pulak. Penat mengadap benda2 cenonet ni. Tak tau la mcm mana nak kerja nanti, kena tunduk je ngadap mulut orang.

[x] Saya dalam penjimatan terhebat. Harap maklum.

terasa loser pulak, setiap kali update, xde pun benda best, balik2 practicals, and... tu je la.

[x] Last. Sangat susah sebenarnya nak susun gigi. 0.5 mm difference, or 10 degree angulation silap, dah jadi lain terus. Baru susun. Belum suruh buat gigi tu lagi. Subhanallah.

"Maka nikmat Allah yang manakah yang kamu dustakan?"




Sunday, December 11, 2011

Lagenda Tahun Ini


Assalammualaikum.

Hari ini adalah hari ahad. Niat nakpergi bersenam tapi x mampu. Penat sangat. Lagenda.

Lagenda ni macam festival orang2 Malaysia di Manipal, students dari Mangalore, Bangalore dan sebagainya datang sini, orang jual2 makanan Malaysia mcm kuih muih, roti jala, blah3, ada orang buat persembahan Puteri Gunung Ledang blah3.

Dan saya buat cucur udang nasi impit kuah kacang pasemboqq. Jadi. :)

Alhamdulillah! Bukan buat sorang la, resepi housemet, manusia first-time-kopek-udang macam saya ni duk tolong2 mana yang patut je lah.

Alhamdulillah kitorang dapat untung walaupun x banyak. Tak sampai sejam jual, dah habis dah semua benda. Kelam kabut! sebab orang dah start membeli, kitorang baru terhegeh2 nak set up kedai. Haha. Baru letak, dah ada orang nak beli. Mereka semua ni macam xpenah nampak cucoq.

Tapi sebenarnya sedih sikit sebab banyak lagi raw materials x sempat masak, sebab x cukup masa. Ada sekilo lagi kacang, cili kering, udang, tepung, dan telur rebus seploh bijik lagi lupa nak bawak. Kelas DM dan Prostho habis pukul 1pm, balik tu terus kelam kabut masak2 semua. Tak rehat langsung. Dengan kuali besar xde, dengan gas ada seketoi je (sebab satu lagi guna untuk masak caramel pudding) sampai kena angkut periuk nasi masuk bilik, masak dalam bilik.

Dan sampai2 gerai, geng sebelah menginvade meja kami taktau la kenapa rasanya dah bayar half-half.

Paling terkilan. Seketoi gambar pun x sempat ambik! Sangatlah sobs.

Tapi, pengalaman menjual sangat menyeronokkan. Kitorang siap bagi free gift lagi. Tak sangka orang memang nak makan betul2 malam tu. Kupon saya x habis pun. Beli air secawan, hotdog. Lepas tu duduk kat barisan paling depan stage tu tgk persembahan dengan speaker gedegungedegang kuat gilos. Loner. Hurm.

Penjual-penjual pasemboq.

p/s Sebenarnya baru tau pasembor tu apa. Serius.

oh. Kalau free, baca la post ni : Iman Orang Buta.





Saturday, December 3, 2011

random pictures




Assalammualaikum.

Here and there. Block exam dah habis, nampak gaya mcm result teruk. Takpe, belajar je lah lagi kan?

Practical prostho dah semakin strict, dah ada jadual due date untuk setiap kerja, kene habiskan 4th denture sebelum habis block 2 ni. Ayat sedas - "Your speed is pathetic!" I know. Saya janji akan cuba kerja lebih laju lebih tepat dan lebih kemas lagi. Tapi tangan ni mcm... nak makan pun sakit. Asik kena wax panas cucuk sana cucuk sini je.

My first denture making. :)

Practical coservative. Mengkorek caries dalam gigi yang kitorang kutip masa balik Malaysia dulu. Busuuuukk dan hitam dan berlubang sana sini. Tapi
kena korek habis-habisan sampai putih bersih suci berseri dan kalau dah putih pun, tapi still boleh korek menggunakan tenaga popeye.


decayed posteriors and intact anteriors. sakit woo nak korek benda nih!


hasil kerja carving gigi masa first year

phantom head lab! excited!

vespa pinjam. ohh x perkenalkan lagi scooter kat sini kan? lupa nak amik gambar...


ibu : first time buat lasagna dan menjadi! dah boleh lawan ibu :p

p/s tak sabar nak february.

Sunday, October 23, 2011

Kasut baruku yang koyak.

Assalammualaikum... !


Jadinya harini adalah hari ahad. Hari berbreakfast omputeh campur teh tarik kalau kat rumah. Rasa nak buat mayo scrambled-cacamerba-egg pagi tadi, tapi ibu pesan x boleh makan telur. Kena pantang. Housmet pesan kena pantang makan, nanti luka tinggal parut, turun harga. =.="

Oh well. Luka luka bengkak lebam ni adalah hasil daripada kejatuhan dari motor hari rabu lepas. Niat nak beli sayur dekat depan cheff inn tu x kesampaian bila ada seketoi kereta warna merah tetiba potong lalu berhenti , sangat dekat.

Lalu nak jadikan cerita, sempat tarik brek (both sides) tapi sebab dah dekat sangat, saya pun terlanggar kereta tersebut lalu KEDEBABOM - jatuh terseret. Masa jatuh tu cepat2 tendang motor sebab takut tersangkut kat mana2, bunyik motor tu sangat dahsyat. Kesian motorkuu. xsempat bergambar bersama lagiiii. Haih!

Driver tu merupakan lelaki muda (dipercayai student MIT yg xdak lesen). Dia keluar dengan muka serba salah dan tanya are u okay. memang kena marah terus lah. ada ke patut pegi berenti tetiba macam tuh???!! baghang ke hapa lu??

Tetiba Kak Effa lalu and stop, masa tunjuk kat Kak Effa luka kat tgn tu, baru perasan tangan menggigil. Tetiba rasa pening. Last2 x dengar dah apa orang bising2, saya terus duduk atas tanah, kang jadi scene pengsan2 pula. Kak Effa ckp maybe kurang haemoglobin, jadi shock. (memang pun, sbb masa nak donate blood haritu xlepas. sobs.)

Orang tu offer pegi private clinic, dan bersihkan luka semua, dapat tetanus shot yang toturing sampai now, dan dapat coklat sebagai tanda maaf daripada makhluk tersebut.

HOI nasib baik ko boleh tahan hengsem n kawan kau ni baik hati bawak bag sampai rumah ada ke patut lepas kasi orang eksiden bagi cekelat je kau ingat aku ni budak kecikkk?? Anyway thanks la brader.

And semalam dah pegi xray semua, alhamdulillah no fracture or tear or pape je la, cikgu ni ha yang semangat sangat suruh jugak pegi xray. Siap kena marah lagi sebab x pegi awal2. Wuuu.

Ibu kata, ni satu pengalaman. Bila fikir balik, eksiden ni totally bukan salah aku, logically. Sebab memang org tu yang stop tetiba kan. Tapi dalam ramai2 manusia kenapa aku yg terpilih. (please jgn cakap sebab aku baru je blaja naik beskal lepas tu bawak motor). Mungkin sebab ada salah silap yang aku x terfikir about. Ada hikmahnya kan.

Bila xde ibu xde ayah kat sini, semua benda kena buat sendiri. Thanks kawang2 n kakak2 yang banyak tolong. Yang teman pegi clinic, yang amikkan motor, yang bagi placebo ;) dan yang tanya2 khabar. Alhamdulillah.

Oh dan saya masih sedih sebab kasut baru je beli kat sogo masa cuti haritu dah koyak - eksiden punya pasal. Serius sedih.