Wednesday, February 23, 2011

Akhirnya!


Assalamualaikum. Hai.... !

Akhirnya cita cita nak hias dinding bilik tercapai jugak, sejak langkawi duk berangan je nak hias bilik, sampai la kat kms, smpai lah dah 6 bulan dekat manipal. Akhirnya. Tapi 6 bulan je lagi nak duduk sini, harap2 dapat pindah rumah luar lah kan tahun depan sadis je duduk asrama. Okay ni je yang duk hias dari semalam. Tadaaaaa !


Loves. :)

Tuesday, February 22, 2011

Cuti India

Assalamualaikum. Hai!

Okay, macam malas lagi nak tulis pengalaman super best pusing pusing satu India ni. Nak cerita sikit sikit je boleh kan.

Habis exam haritu, semua pergi shopping beli macam macam untuk travel. Biasalah perempuan, semua benda nak risau. Lepas tu packing baju sampai tak muat bag, berat sangat sangat tapi last2 banyak baju x pakai pun... Sebab baju boleh beli masa jalan2 tu, dobi pun ada kat setiap hotel. Lepas tu semua gambar pun pakai sweater and pashmina. Tapi kitorg tukar baju okay harap maklum.

Ni tempat yang kitorang pergi.

[x] Goa - Pantai. Naik boat.
[x] Mumbai atau Bombay. - Bandar yang penuh dengan bangunan bersejarah British. Cantik! Naik boat.
[x] Ahmedabad - Transit je, makan2 lepas tu naik bus.
[x] Udaipur - City palace, naik boat lagi, tengok puppet show, garden untuk puteri raja.
[x] Jaipur - Transit. Tapi pakcik auto bawak pergi Pink City, Golden City, shopping banyak sementara tunggu train to Agra pukul 2 pagi. hoho
[x] Agra - Taj Mahal :) Agra Fort (istana datuk Shah Jehan), Fatehpur Sikri.
[x] Varanasi - Sungai Gangga. Tengok upacara puja2.
[x] Lucknow - Masa ni demam. Ingat pergi zoo je.
[x] New Delhi - Shopping!
[x] Kalka - Transit. Naik toy train comel tapi lembab gila.
[x] Shimla - Ada shopping, tp x larat lah, sejuk sangat. Angin kuat dekat sini.
[x] Manali - Lawat tempat apetah. Himalaya :) and skiing.
[x] New Delhi - Kantoi dengan mamat hotel tu sebab x duduk hotel dia again. Mana lah tau hotel korang satu row je! Sini, shopping lagi! :D
[x] Bangalore - Movies (Gnomeo and Juliet + 127 Hours) Shopping complexes. KFC, McD.
[x] Mangalore - Tak larat jalan. Balik terus Manipal.

Sampai sampai bilik, ada orang lain dalam tu. Manusia nya xd la, barang je. Malam tu baru dia ada and dia macam okay je. I hope she is. Borak borak sikit dah, lupa pulak nak tanya nama.

Ohh India ada banyak sejarah menarik. Macam atuk Shah Jehan ni ada 3 wives, sorang Hindu, sorang Muslim, sorang Kristian. So istana2 wives dia ni memang unik, cantik and based on lain2 cultures. Lepas tu ada bangunan untuk Haram Women (gundik) bape puluh ratus tah tak ingat.

Kalau nak shopping dekat sini, kena pandai bargain. And kalau nak bargain, mintak terus setengah harga and lower. Lepas tu kalau dia tak nak bagi, blah je. Sebab nanti dia akan panggil balik bagi harga yang kita nak. Muahahahah. Ada jugak yang gaduh smpai tinggal sepuluh rupee, dia tak nak jual jugak. Contohnya macam harga kain ni 200, kita nak 100. Dia reduce price sampai 110 rupee, lepas tu tak nak mengalah. Sila jangan beli.

Tapi sedih kasut yang beli kat Udaipur hilang.. dengan kain hijau cantik yang beli dekat Muslim Town tu siries cantik sebab dia buat guna tangan sendiri mahai pulak tu kalau sapa2 jumpa bagi tau pleaseeeeee... sadis! :(

Okay lah, nanti sambung cerita lagi. Banyak kerja sekolah ni sebenarnya. Bila nak start?

Thursday, February 3, 2011

3 : 134

Assalamualaikum. Hai!

Ehem ehem, dengan ini diumumkan bahawa saya dah habis exam! :D Sooo papers semua macam biasalah, ibu kata kalau rasa susah maksudnya x baca, kalau senang maksudnya tu bukan exam. Dan selain stress untuk membaca buku, saya mengalami ketensian dalam bilik.

Sejak tahu perkataan sabar sampailah dah doploh satu ni, saya percaya yang kesabaran ada batasnya. Tu yang orang-orang selalu cakap. Saya percaya benda tu, dan saya rasa kesabaran mengadap manusia sorang ni memang dah smpai limit dah, 6 bulan beb.

Tapi haritu kakak usrah saya yang cantik tu cakap, kesabaran tak ada limit okay. Kenapa? Sebab Allah x membebankan sesuatu yang hambaNya x dapat tanggung. Jadi semua yang berlaku, sepatutnya memang kita mampu tanggung. Lepas tu kitorg belajar pasal 3:134

Who spend [in the cause of Allah ] during ease and hardship and who restrain anger and who pardon the people - and Allah loves the doers of good;


Dan.. kitorang belajar jugak hadith 14 kot yang ada pasal menahan marah sesungguhnya syurga bagimu. Kakak usrah kata, jangan simpan marah tapi telan. TELAN.

Bab telan ni yang susah kan.

Esoknya, saya dapat seketoi peluang untuk bersabar. Pastu blah3,,, malas nak cerita... today dah pindah bilik baru! :D Alhamdulillah, doakan saya selamat duduk situ. Dupdapdupdap jugak sebenarnya. Sebab sorang sorang kan. Xpelah.

Esok nak jumpa Shah Rukh Kang! :D


Thursday, January 27, 2011

Pagi tadi anatomy...

..... dan malam tadi saya tido dengan nyenyak nya. Bangun bangun rasa segar semacam lepas tu tengok phone. Mati! Xada bateri. Terus kelam kabut bangun, tengok plug, off.

Ya Allah. Rasa macam nak maki hamun je.

Malam tadi before tido dah elok-elok tarik extension, switched on plug, cucuk phone, set alarm sampai seploh bijik. Nak bangun pagiiii xhabis baca lagi.

rasa nak marah sangat sampai mcm nak baling je kuali yang x basuh2 tu kat dia tapi dia xd sbb malam semalam dia keluar tido mana tah tinggal saya sorang2 dalam bilik dengan pintu x kunci. kalau apa apa jadi macam mana @$%^&&^$#&&(^%%$$###%^&%@^&*%^&(#@ huh!

Oh lupa bagi salam.

Assalamualaikum. :) And alhamdulillah exam anat tadi boleh laaaa tapi MTF susaaahhhh :(

Monday, January 24, 2011

Hey.


Assalamualaikum. Hai!

Soooooo anatomy spotters was over, and physio viva done. Next, block exam! Lepas tu jalan jalan India dengan makcik-makcik. :D Cepatlah cuti!!

Sejak dua menjak ni, saya rasa stress sungguh, belum start real exam pun lagi tp banyak sangat tests semua. Jadi saya pun start la buang tabiat. Pergi download lagu-lagu Ramli Sarip, Jayjay, Hattan, Shima, dan manusia2 lain yang saya kurang kenal. Tapi mcm mana boleh search kalau tak kenal kan? Tu maksudnya darah melayu dalam jiwa raga ni kuat lagi, boleh termimpi mimpi lepas tu bangun tido je dapat ilham nak carik boleh nyanyi melalak sebab dia x ada dalam bilik weekend okay mepek. Search la, dunia dihujung jari kan.

Dengar lagu Kita Insan Biasa, Perjalanan Hidup. Dan TooPhat. mcm ni ke eja?

Ohhh semalam masa tensi tensi baca physiology yang tadi dia tanya x sampai seploh minit dengan penuh senyuman fuhh alhamdulillah x downgrade tu, saya masak potato chips! :D

Bahan-bahan :
[x] Seketoi kentang
[x] Masala powder
[x] Curry powder
[x] Garam
[x] Pisau berteknologi tinggi.
[x] Tepung sikit.

Actually tak tau pun nak masuk apa, main campak je segala serbuk yang ada dalam kotak tu.



Dan ada berita disaster. Dia xjadi pindah. :(


Saturday, January 15, 2011

steamboat!

Assalamualaikum. Hai!

Lepas buat drama dekat library tadi, saya dengan ini mengumumkan blog ni akan di private kan kepada sesiapa yang berminat sahaja. KOT. tulis pun malas nak private buat apa kan? hoho.

Tadi kelas ppd, saya rasa wishes saya yang paling baik hati sekali tapi cikgu tak nak baca.

Semalam semalam masa lepas dissection, saya nampak lecturer yang dissect tu pegi tolong mak dia jual roti dekat kedai.

Saya x boleh focus masa cikgu "Kareena Kapoor" tengah ajar periodontal ligament gara gara tertengok cerita We Are Family haritu.

Mood saya cingcongcingcong campur stress minggu depan exam banyak sangat dengan minggu depan lagi satu.

Orthodontist -doctor yang merepair2 gigi saya umur dia baru 23 dan dia masih duduk dekat asrama macam kitorg ni.

Harini firstime makan subway sorang2 habiskan tp belum habis lagi.

Tak sabar nak cuti! Nak lupakan segala-galanya. uiceh.

Okay, tu je harini.

ohh saya mengidam steamboat lah pula. :(

Monday, January 10, 2011

Januari sampai Februari.

Assalamualaikum.

Hai!

Dah seploh haribulan satu. Seminggu lagi block exam dah nak start! Lepas tu macam tiap tiap tiap tiap tiap hariiiii ada test selang seli practicals, viva, dan theory block.

Lepas ni kelas prostho yang disaster.

Esok test Dental Materials yang selalu tertido dalam kelas sebab ... .

Help me please.