Okay, macam malas lagi nak tulis pengalaman super best pusing pusing satu India ni. Nak cerita sikit sikit je boleh kan.
Habis exam haritu, semua pergi shopping beli macam macam untuk travel. Biasalah perempuan, semua benda nak risau. Lepas tu packing baju sampai tak muat bag, berat sangat sangat tapi last2 banyak baju x pakai pun... Sebab baju boleh beli masa jalan2 tu, dobi pun ada kat setiap hotel. Lepas tu semua gambar pun pakai sweater and pashmina. Tapi kitorg tukar baju okay harap maklum.
Ni tempat yang kitorang pergi.
[x] Goa - Pantai. Naik boat.
[x] Mumbai atau Bombay. - Bandar yang penuh dengan bangunan bersejarah British. Cantik! Naik boat.
[x] Ahmedabad - Transit je, makan2 lepas tu naik bus.
[x] Udaipur - City palace, naik boat lagi, tengok puppet show, garden untuk puteri raja.
[x] Jaipur - Transit. Tapi pakcik auto bawak pergi Pink City, Golden City, shopping banyak sementara tunggu train to Agra pukul 2 pagi. hoho
[x] Agra - Taj Mahal :) Agra Fort (istana datuk Shah Jehan), Fatehpur Sikri.
[x] Varanasi - Sungai Gangga. Tengok upacara puja2.
[x] Lucknow - Masa ni demam. Ingat pergi zoo je.
[x] New Delhi - Shopping!
[x] Kalka - Transit. Naik toy train comel tapi lembab gila.
[x] Shimla - Ada shopping, tp x larat lah, sejuk sangat. Angin kuat dekat sini.
[x] Manali - Lawat tempat apetah. Himalaya :) and skiing.
[x] New Delhi - Kantoi dengan mamat hotel tu sebab x duduk hotel dia again. Mana lah tau hotel korang satu row je! Sini, shopping lagi! :D
[x] Bangalore - Movies (Gnomeo and Juliet + 127 Hours) Shopping complexes. KFC, McD.
[x] Mangalore - Tak larat jalan. Balik terus Manipal.
Sampai sampai bilik, ada orang lain dalam tu. Manusia nya xd la, barang je. Malam tu baru dia ada and dia macam okay je. I hope she is. Borak borak sikit dah, lupa pulak nak tanya nama.
Ohh India ada banyak sejarah menarik. Macam atuk Shah Jehan ni ada 3 wives, sorang Hindu, sorang Muslim, sorang Kristian. So istana2 wives dia ni memang unik, cantik and based on lain2 cultures. Lepas tu ada bangunan untuk Haram Women (gundik) bape puluh ratus tah tak ingat.
Kalau nak shopping dekat sini, kena pandai bargain. And kalau nak bargain, mintak terus setengah harga and lower. Lepas tu kalau dia tak nak bagi, blah je. Sebab nanti dia akan panggil balik bagi harga yang kita nak. Muahahahah. Ada jugak yang gaduh smpai tinggal sepuluh rupee, dia tak nak jual jugak. Contohnya macam harga kain ni 200, kita nak 100. Dia reduce price sampai 110 rupee, lepas tu tak nak mengalah. Sila jangan beli.
Tapi sedih kasut yang beli kat Udaipur hilang.. dengan kain hijau cantik yang beli dekat Muslim Town tu siries cantik sebab dia buat guna tangan sendiri mahai pulak tu kalau sapa2 jumpa bagi tau pleaseeeeee... sadis! :(
Okay lah, nanti sambung cerita lagi. Banyak kerja sekolah ni sebenarnya. Bila nak start?
No comments:
Post a Comment