Thursday, August 6, 2009

Kami sudah siap menyemai bakti, documentation je belum.

Semai Bakti II, Kg. Bayai
IB Batch IV, KMS

Dj sudah rindu kanak2 bayai. rindu aina, anas, balqis, auni, bang teh.. rindu mak angkat, fitri, ainul, kak de, ngan makcik pakcik bayai yang lain. 4 bulan spend time dengan dorang sangat besh. lagi-lagi time closing ceremony, kami spent 3 days 2 nights there, with respective foster family, dan rasa macam mana tinggal kat kampung. seronok!

malam sebelum pergi bayai, dj dapat camera baru. ibu and ayah datang seremban semata2 nak bagi cam. thank you! sayang korang.. mwahx2. =D

malam tu jugak x tidur langsung sebab nak siapkan multimedia stuffs untuk vip. balik hostel pukul 6 pagi, stay up dengan myra, nash and shark. ades.

tapi besok tu pergi bayai, xterasa mengantuk langsung. sampai2, nampak khemah dah pasang, petanque court dah siap. banner semua dah gantung. wee..!

dj jadi photographer yg hebat. so jalan merata2 amik gambar. penat, tp seronok. kelam kabut burn cd untuk vip, kelam kabut repair published work sebab lagu redundant. sadis je. tp alhamdulillah, semua setel. atleast untuk petang tu. =)

pergi solat zuhur dekat rumah mak. mak bagi makan, and jemput makan nasik. tp sorry lah mak, tank full lah, dah makan nasik ds. huu. and petang tu, majlis perasmian petanque court oleh yb mane tah x ingat. and semua orang kampung turun padang nak try main petanque. yb pun join jugak. seronok tengok dorang. rasa berbaloi buat kerja kan. =D

lepas tu agih-agihkan anak angkat. tetiba, dj and myra dapat mak lain. sedih,sedih. tp mak baru tu baik, cuma dah selesa dengan mak lama. pastu roni kata xpe, tukar je. so kitorang exchanged dengan iqa and mirajan, dapat mak lama balik. yipee! share mak angkat dengan adam and syahmi juga. maka jd lah dj sebagai kak long, syahmi abang ngah, myra kak cik and adam as busuk. haha.

then balik, mandi2, makan malam. sedap! lepas tu terus pergi balairaya pulak. tp xde pape sgt, terus pergi khemah. orang kampung masak sup tulang! ke sup daging xtau la. tulang kot. hoho. bang ngah potongkan daging bg kitorang makan. bagus, bagus.

masa tengah2 forum, aina tidur on my lap. tepuk2 dia sampai dj pun tidur sama. hahaha. bila aina bangun, farah suruh bawak dia pegi balairaya sebab nak pektis nyanyi, tp smpai balairaya, dia nangis. dj dah cuak gila. terpaksa dukung dia balik pergi carik mak dia. tapi smpai tempat orang masak2, dj semput. haihh. takut lah, buat anak orang nangis.

pagi besok tu, majlis perasmian library pulak. and kitorang presented our multimedia presentation. rasa puas bila orang puji2, cikgu pun puji2. tq! hee. and seronok bila dengar yb puji2 library, and buku2 yang ada. mural, meja, semua2 lah!

and lunch hari tu sgt sedap! first time dj makan umbut kelapa (ke sawit tah). sedap lah jugak, tp paling sedap masak tempoyak. orang kampung semua tolong masak. students kita pun tolong kacau2, basuh pinggan, potong2, even adam goreng ayam smpai pukul 3 pagi semalam tu. tapi dj xdpt ayam.. =(

and petang tuh, semua orang collapsed. tidur kat rumah. haha. ada yang pergi jeram, tp dj tido je. bangun petang tu, makan eskem. and adam ambik manggis. =D lepas asar ada main belon ramai. orang kampung pun join jugak! semua orang happy. even nampak main baling2 belon air ngn jalan2 kepit belon macam budak2, tp makcik pakcik semua lepak je join skali. suka sangat tengok dorang. sporting. memang petang tu gelak habis2 mcm nak pecah perut! before maghrib, bang ngah and busuk kait buah manggis banyak2 lagi, makan malam tu. and kak long dan kak cik telah memasak telur goreng dengan jayanya walaupun koyak siket. uiyehh! malam tu relax2 je, tengok tb, conteng buku fitri (haha), until iski called seuruh pergi khemah, ada karaoke.

again, dj sangat kagum dengan kesportingan orang kampung menyanyi2. anak tok imam pun karaoke jugak! seronok taw. mana nak dapat mcm nie kat bandar. habis karaoke, kms students nyanyi lagu kau ilhamku ramai2, dedicated to orang kampung. =D

esok tu ada robic2 dengan poco2. tok imam pun dancerobic taw! orang kampung pun join sama. after poco2, ada lucky draw. ni yang dj paling terharu. orang kampung sediakan banyak hmper untuk pemenang. and makcik2 pakcik2 berebut2 nak nombor banyak2. ada yg kutip smpai 1 pinggan penuh. kalau orang2 kita sekarang? jgn harap nak berebut2 join lucky draw. setakat hamper, apelah sangat. tp bond and involvement yg dorang tunjuk tu sgt kuat. even hanya cabutan bertuah.

and smpai masa untuk balik... sedih sangat taw. sebab xtau lagi bila nak dtg sini. rasa mcm separuh daripada ib life dah tertanam dekat bayai. mak pesan, belajar rajin2, nanti dah fly jgn lupa mak. time salam2 for the last time, mak ckp, "anak aku ni,, sedih la mak nak tinggal kan." and mak bagi kitorang hamper yang dia dpt time lucky draw, manggis. and sedih bila dengar anas tanya semua orang, "kakak nak pergi mana?" xsampai hati nak ckp kakak nak balik dahh. huu. bang teh pun nangis, and adik umi and anne nangis gila2.

wonder, bila dorang besar nanti, ingat lagi x kat kakak2 abang2 ni? dorang guna x library yang kitorang buat tu? orang kampung guna x petanque court tu? budak2 tadika guna x barang2 yang kitorang bagi? students upsr nanti dapat x 5A?

kak cik, kak long, busuk, bang ngah, mak, ainul

Tuhan, Kau lindungilah ukhuwah kami Ya Allah..

p/s - more pixies dekat fb, tp only after dvd siap lah.

3 comments:

Hasmah Markom said...

Salam, ha....buat cepat jangan tangguh2! Banyak tugas lain sedang menanti!

Rabiatul Adawiah Sulaiman said...

hey2.. sedih la bace post. tapi hepy sebab mcm sonok je =)

dJ said...

erk wasalam ckg, hee.. saya baru balik dari lab uitm. insyaAllah x bertangguh, cikgu doakan!

ada. sedih amendenye? memang seronok!