Sunday, November 28, 2010

hari ini after exam.

salam.

hai, lama x post anything. rasa nak tekan keybod pun salah2 dah. ohh exam was okayyyy.. huu alhamdulillah dah habis dengan jayanya. mana yg salah, boleh betulkan, kita dah usaha siang malam tersengguk2 pegi library. okay done.

hari ni pergi maple beach!! :D serunuuuukkkkk. cuma beach ni xada angin so xde terbang2 sensation ha ha. okay. so tadi naik boat, dengan orang2 yg sama jugak mcm kat langkawi dulu tapi tambah few ppl yang menjadikan trip tadi best. :) tapi pakcik tu bawak sloww sgt3 xd terlambung2 xd air masuk boat xd menjerit kesukaan. xpe lah, rm7 je pun sorang. murah kannnn.

saya selalu suka pantai laut - air. suka sangat. sebab rasa free, luas lapang besar dan x ada boudaries. ada burung terbang2 (cuma kat india ni kat laut pun ada gagak) dan sepatutnya ada angin tapi tadi xd lah pula.

disebabkan boat tu lembab, and perasaan nantok membuak2 so termenung je la pandang laut. rasa mcm nak terjun berenang2 sampai puas. indah! indah sangat laut, mcm nak jadi part of laut je. tiba-tiba teringat kakak usrah ckp semalam,

"kebaikan tu susah nak dilakukan sebab syurga Allah tu sangat indah"

for me, kalau laut yang kosong tu sangat indah, xdapat nak bayang kan macam mana syurga Allah tu. memang kita xakan dapat bayangkan pun kan. bukan indah je, tenang.

lepas tu nampak buih-buih tepi boat. teringat Rasulullah pernah ckp mcm mana tah tapi lebih kurang nanti suatu hari umat islam ni mcm buih di lautan, banyak tapi lemah. something like that kan. kan kan?

dan saya adalah salah satu buih tu - boat lalu, pop! pecah.

okay, dia x bunyik tapi mcm tu la, sama je, xdapat beza pun mana satu buih lagi cun. mcm mana nak survive ni?

********************************************************************************

kenapa aku yang kena mengadap semua ni, aku pun xsuka terrorist. stop kaitkan islam dengan terrorism. orang nak study tau x.

kurbaan tu pun satu. ada ke buat lagu sedap2 syukraan Allah tapi video clip masyaallah. xreti la nak jawab.

*********************************************************************************

tadi masak cucur bawang (niat asal.) tapi lepas tu jadi cucur kari, cucur masala, cucur cube ayam. ahah. kena usaha lagi.


Saturday, October 30, 2010

ditujukan khas untuk my hero.

salam. lots to share, but dont know how to express. ketiadaan internet di bilik menyekat rangkaian sosial maka disinilah saya pada malam ahad ketika orang lain bergumbira. how nerdy. .................................................................. apakahhh nak cakap apa niiii. okay, study. anatomy exam haritu failed, fullstop. makanan. dah beli seketoi dapur dan periuk dan senduk dan pisau dan chopping board dan sebagainya! habis 3000 harini. (plus 2 set kain punjabi suit, and 2 kurta :p) then sports, interbatch dah start tapi x join apa apa sebab tak ada bakat langsung buat malu bds je nanti masuk wuuu. still waiting for tdung hitam n serkup from rumah, baru boleh beriadah nanti. terasa mcm nak menerai main basketball, like siriesly. erm next,,, of practicals, dental anat dah habis tp seksa prosthodontic baru nak mula. dan kerja mengasah batu dalam dental material masih diteruskan, kali ni kena buat batu kicik kicik lagiiii down ah. of classes, hurm sekarang ni mcm banyak berangan je dalam kelas pastu balik bilik tido. tu je la updates. sorry, i will work harder, promise. :)

p/s - bila saya tau this person is reading my blog, m soo happy. this is the person yang saya terpaling sayang tapi x pernah berborak.

Monday, October 18, 2010

emo hindustaannnn

Salam.

Mungkin sebab kitakstabilan hormon saya terpms lalu mahu memarah semua orang. Menurut pengalaman sejak zaman hingusan, adalah baik jika saya back off dan memulaukan diri sendiri supaya tidak terkeluar bnda2 yang mengguris hati sanubari manusia lain. maafkan saya. Setelah bersedih sedihan semalam, pagi ni pun bersedihan lagi, membuatkan saya nak muntah belajar odontogenesis nasib baik Dr Smitha x terbukak hati nak aim roll number 34 fuhhh.

Mungkin juga saya ketiadaan mood sebab perut tersangat lapar, lapaaaaar sgt3. Rubber ni menyeksakan.

Ataupun mungkin sedih sebab saya rindu kawan2 yang sekarang mcm alien. As in alien.

Tak mengapalah, saya tough. Okay nak cerita scene hindustan harini.

Tadi selepas menerima ekspresi kuciwa yang amat sgt dan kata2 menghiris kalbu daripada Dr Arun, saya tahu saya memang budus. Tak tau pun kena tau benda yang dia tanya tu, dah la blank. Benci viva. Nasib baik peneman beliau keluar sebentar. Dan saya disuruh me repaint cast yang memang huduh tersebut. Stelah repainted maxillary dan mandibular cast, saya pergi ke foodcourt sebab perut macam sikit lagi nak shut down dah. Saya pergi seorang sebab entah mana tah semua orang pergi. Lalu membeli blueberry cheesecake untuk rumet dan mihun soup untuk dinner.

Sedang menunggu soup, hujan turun secara tiba tiba dengan lebat nya dan memang time tu lah jugak x bawak payung. pagi td bawak je. sadis.

tunggu punya tunggu, hujan xmo berenti nak buat mcm mana kena pulang jugak. Then nampak myra dan fana tapi mereka buat apa tah xtau dan bila mereka nak balik tu saya masih stuck depan fudcot tapi xkan nak mintak payung mereka. x sampai hati lah pula.

seterusnya saya pun meredah saja hujan. bersama air mata. hindustan!

xtau la apesal rasa sedih sgt3 kena redah hujan dgn plastik makanan dan perut yang kriok kriookk, ter emo pulak. mungkin sebab masa tu terasa keseorangan dan kesunyian x syiok main hujan sorang2.

tapiii tengah2 jalan tu saya nampak sorang makcik yang selalu duduk tepi jalan, repair kasut, dia duduk je tepi tu dalam hujan waiting for customer.

lepas tu pakcik tua ni angkat brg berat dekat bahu, dia x pakai selipar pun.

lepas tu makcik2 yang tutup kepala dengan saree je jalan redah hujan.

mereka2 ni dah tua, dan ketiadaan labcoats mahupun tudung untuk mengelakkan demam.

Jadi kenapa saya mesti bersedihan redah hujan sorang2??

Duduk India ni sangat menginsafkan. Be grateful okay.

pictures mangalore




nanti nak invite dropbox lah, senang.

Wednesday, October 13, 2010

tanya.

Salam. Hari tu rumet saya mentanya pasal Islam. Banyak dia tanya. Macam

[x] Kenapa kita x boleh tanya orang melayu macam mana rupa tuhan mereka.

[x] Kenapa x boleh keluar waktu maghrib.

[x] Hantu dengan syaitan tu sama ke?

[x] Siapa yang buat syaitan?

[x] Jin tu apa pulak?

[x] Apa orang buat dekat Mekah?

[x] Apa ada dalam kotak hitam (Kaabah).

[x] Kalau dah pergi Mekah nanti masuk Syurga ya.

[x] Orang kata kalau mati dekat Mekah confirm masuk Syurga?

[x] Kenapa Islam tak ada patung2.

[x] Teringin tak nak xpakai tudung.

[x] Orang Islam boleh ada banyak isteri kan, awak sanggup tak?

[x] Apa awak nak buat kalau your husband nak kahwin lagi?

Seriously nak Fatin time tu.

Monday, September 20, 2010

karate kid, sengau, bangalore.

salam.

alhamdulillah dah selamat sampai sini malam tadi, lepas tu check in hotel yang best, dan tido. petang nanti fly lagi to mangalore, naik bus to manipal pulak. doakan kami selamat sampai ye. :)

minta maaf untuk semua2 benda dengan semua2 orang, insyaallah jumpa lagi. hoho. selamat belajar! :)

Friday, September 17, 2010

raya sudah, packing belum.

salam.

kenapa semua orang dah pack sampai exceed berat luggage sume??? sekarang rasa cuak lah pula. huuuu. nak letak apa tah nii. kesian fina kena jawab banyak soalan. ingat kan semua orang balik raya.