Saturday, October 27, 2012

Usrah

Assalammualaikum

Personally lagi suka guna term usrah daripada "bulatan gembira", taktau kenapa.

Okay, penggunaan term apa pun tak patut la jadi issue, sekarang nak share pengalaman usrah.

Diperkenalkan dengan sistem usrah ni sejak zaman sekolah menengah lagi, masa dekat langkawi dulu. Tapi masa tu usrah ramai2, masa kaum lelaki semua pergi solat jumaat. Masa tu sungguh "jahiliyah". Orang tengah cakap2 kat depan, kita duk cakap2 kat belakang. Kalau dengar pun, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Lepas tu, sistem usrah ni sambung kat KMS pulak. Masa ni usrah kecil-kecilan, dapat kakak usrah (senior yang lebih berilmu dan beramal) dan start aktiviti macam makan sama-sama, baca Quran sama2, tengok video and bercerita bagai. Tapi, masa tu mungkin tak "matured" lagi, rasa macam usrah ni just satu rutin yang semua orang wajib pergi. Tu je.

Lepas tu, sambung lagi usrah kat India. Rasanya, ni kot detik permulaan - mula menghargai apa itu usrah. Bukan nak kata usrah sebelum ni tak berkualiti atau tak best atau tak betul, tapi kali ni mungkin dah matang, jauh daripada family, dan orang2 dah tak cakap ini haram itu haram.

Serius, masa zaman sekolah, banyak sangat dengar ini haram itu haram tapi tang mengumpat tak haram lah pulak. 

Kat India, start belajar nak tanda Quran. Belajar direct daripada ayat Quran, rasa lain daripada duk dengar orang ceramah pasal hukum hakam kan. Selain daripada usrah dengan senior, ada join ISK(ini sejarah kita) yang sebenarnya sangat best - tapi tak habis sebab ... err takpelah. And ada satu-perkataan-ni-tapi-tak-ingat - kira macam usrah makan2 tido2 dengan makcik-makcik geraham.

Betullah nak belajar, banyak jalan, mana-mana cara pun boleh selagi tak salah. Lagi banyak lagi bagus. Tapi usrah special sebab kita ada macam... bonding. Kita boleh share. Kita boleh tanya. Selalu berat rasa nak pergi (sekarang pun), tapi lepas balik dari usrah, takde rasa menyesal. So far. Alhamdulillah. Lagipun pergi usrah selalu dapat makan freeee. Hehe.

Lagi satu, selain kawan2 kelompok usrah, ramai je member2 yang banyak share videos and tweets pasal hal2 menaik-taraf kan diri. Tak ke untung gitu. :D

Kalau free, tengok la video ni. Student Malaysia kat China buat. Tomato 2.0. Klik! 

Walaupun bukanlah daripada golongan usrah sejati, tapi sangat bersyukur sebab ditakdirkan untuk jumpa dengan orang-orang macam ni.

p/s maksud bukan golongan usrah sejati ialah, belum ada ciri2 mereka lagi. Insyaallah one day. Doakan :)

3 comments:

mashi said...

tu la dulu aku usrah kat intec pun datang balik malas pergi... tapi bila skrg ingat2 balik rasa sygnya la... hmm.. :(

dJ said...

kat sana xde ke senior yang buat usrah2 ni? selalunya kitorang pun, usrah betul2 15 mins je, yang lain2 tu borak2, makan2 je. slow2 gitu sampai 2 tahun.

mashi budak comel said...

aku la senior aku la junior hahahaha