Tuesday, October 9, 2012

Tahun tiga.

Assalammualaikum!

Taip jugak entry baru demi sorang minah yang rindu kiteeee tapi taknak ngaku. Bising je suruh update blog. Hihi.

Sebenarnya, banyak sangat cerita baru nak cerita, tapi tah la. Macam biasa, lepas taip punya taip, delete all. Dan ada banyak sangat gambar duk kelik sini kelik sana tapi tak share dengan sesiapa pun.

Well, alhamdulillah dah selamat masuk phase II of BDS Melaka Manipal Medical College, maksudnya sekarang ni study kat Melaka untuk 3 tahun akan datang, tak lebih, insyaallah. So far dah 2 minggu lebih ni, tempat ni not bad la, baru start 3rd year, jadi tak busy sangat.

Pasal study, kitorang dapat satu dental chair kena share 2 orang. Partner untuk setahun ni ialah Christine so dia lah patient, dia lah specimen, dia lah dentist. :D Seronok main2 dengan dental chair, boleh naik boleh turun boleh kedepan boleh kebelakang boleh baring tido jap sambil2. Dan sekarang dah start posting dalam Conservative Dentistry - yang orang drill gigi lepas tu tampal balik tu.

Jadinya, ni subjects yang belajar -
-Oral Pathology
-Oral Medicine
-Oral Surgery
-General Medicine
-General Surgery
-Oral Radiology
-Pedodontics
-Endodontics
-Prosthodontics - ni belajar dari 1st year, final exam masa 5th year nanti.
-Community Dentistry
-Orthodontics
-Conservative
-Periodontology and Oral implantology.

Tapi yang exam untuk 3rd year ni ada Oral patho dan general medicine dan general surgery. General2 ni macam bosan sebab takde kena mengena dengan dentistry, lepas tu kena pergi hospital, round2 wards, carik case, soal2 patients. Macam takbest kan jadi doctor?

Pasal college ni, bilik hostel haruslah best sebab dah bayar mahal. Airconditioned, attached toilet. Luar ada segala jenis courts, ada gym yang penuh sentiasa kecuali maghrib, ada swimming pool yang open air dan campur, ada sauna dan sebagainya. Tapi kalau tengok dari luar, Marena kat Manipal dulu macam lagi best kot.

Pasal makanan. Sadis. Ada la few kedai makan yang walking distance, and ada minimart and cafe kat bawah hostel tapi weekend tak bukak. ada gazebo tapi bukak petang smpai 9 malam je, ada kedai depan dental clinic tapi entah la, tak selera. Hari sekolah ada la sikit. Kalau takde kereta, duduk terperap makan biskut je la. Teksi cekik darah.

Hoho kata taktau nak cerita apa tapi tetiba banyak lah pulak kan. Meh nak kenal kan sorang bakal dentist yang superhebat.

ini Christine, my partner, my victim.


p/s Sila lah datang ke Klinik Pergigian MMMC Melaka untuk mendapatkan rawatan dengan harga yang tersangat berpatutan - sign up and ask for treatment under my name, at Polyclinic A 3rd floor Bay 1 Chair no. 08 :)

pp/s Kalau buat dengan student, harga RM5 je. Ada yang free of charge woo.

3 comments:

mashi yg comel sgt8 said...

Haha rindu habis dah, fb attack twitter attack.

Baik2 jangan main2 sgt kerusi tu,, rosak, huuu hutang 50ribu boleh beli kereta. hahaha

Masaklahhhh rumah dah mahal dapur takde ke??

beli la motorrrr

subjek prosthodontics tu tak suka. hahaha.

Jadi student dentistry, dentist carik patient. adik aku balik sibuk kutip gigi. kak ipar aku pun. haihh. tak cukup gigi dah dentist kat rumah byk sgt -__-

Mohamad Khairul Iman said...

wah. congrates... dah 3rd year...
posting GM&GS kat spital mane?

p/s: nanti kalau ada patient full denture lebih, share ye... (susah nak jumpa full denture)

dJ said...

mashi - haha 8 kali je comel, takde la "sangat" :p sebijik kerusi around 80k paling murah pun aku tgk. :S lambat lagi la nak bukak klinik sendiri. ni bilik hostel, xde dapur and ada smoke detector. haha. motor, xde lesennnnn. and kena pakai helmet. kat india takpe. haha aku pun cuti duk mengutip gigi je la. tapi xcukup2 jugak. sebab orang lain banyak nak amik.

Herie (siapa pulak Khairul Iman?) - alhamdulillah :D posting kat GH Melaka, taktau kitorang kena pergi muar jugak ke tak (medic posting kat muar skali) insyallah, tak jumpa patient lagi. cuaks.