(Entry ini ditulis sebaik sahaja selepas habis exam 30/4, tapi macam biasalah, siang2 internet siputs. Dan Class trip tak jadi pong sebab habis tickets. Sobs.)
Assalammualaikum.
Weeeeeeeeee……………!!!!!! Dah habis exam block III. Maknanya
ada lagi satu block lepas tu berhempas pulas untuk Unis dan lepas tu balik! :D
Insyaallah. May Allah ease! Ahah tak tau kenapa happy semacam mungkin sebab
lepas ni nak pergi Class trip dengan Makcik Gerahams kot? Kunun2 nak jadi oreng
kaya berhibur tengok wayang tidur hotel sebab esok cutiiii!!! Tapi malasnya nak
naik bus roller coaster2 jam.
Iye. Panggung wayang terdekat dari sini adalah sepanjang 2
jam perjalanan.
Menengok kepada tajuk entry kali ni, Epic Heart Is Epic (hehe macam familiar tak sesapa?) Nak bercerita pasal heart.
Dalam term perubatan, heart ialah jantung. Dalam bahasa
chenta, heart ialah hati. Kita cakap dua-dua.
1. Jantung.
Rasanya dah bertahun2 dah benda ni ada. Nak describe macam
mana ya, throbbing, macam ada orang cucuk dengan pisau. Tak boleh tarik nafas
normal. Dulu kalau jadi, tak sampai seminit pun
Alhamdulillah hilang. Tapi sejak akhir2 ni, dia jadi persist, sepanjang
exam pharmac tak betul2.
Jadinya petang lepas practical pergi cardiology department.
Buat test ECG and ECHO (yang macam ultrasound orang check baby dalam perut tu)
Alhamdulillah jantung sihat sejahtera lega pheww!
Yang paling best – buat test + jumpa doctor takbest adalah
FREE. Hehe.
Buat masa sekarang, tak tau nak buat apa. Syukur dalam
sakit-sakit pun, tuhan bagi bernafas
lagi. Kot2 sakit terus tak boleh bernafas? Haaaa. Pernah jugak panic rasa macam
nak mati. Cuak oh.
2. Hati.
Ye. Keputusan muktamad. Tak, tak drastic. Memang
dah lama fikir. Sebab aku (kita guna aku ye) tak ramai kawan. Takde pun sebenarnya.
(imeanyangbolehbuatluahanperasaankawan menangisbersama) no, I don’t have any.
Dialah kawan ketawa menangis aku selama ni. Kena marah ngan cikgu, jatuh luka, sakit
demam, menyampah dengan orang. Tak semua orang boleh sabar dengan emosi tak
betul aku. Lama dah pulak tu.
Tapi lepas tu aku tengok video ni. Okay semorang wajib
tengok ni!
Rasa normal je kalau foreveralone. Dan aku rasa cinta memerlukan pengorbanan. Cewaahh. Allah
yang Maha Penyayang kan ada. Ibu yang cun melecun dan ayah yang hebat kan ada. Adik2
yang gila sampai kadang2 rasa nak pergi jual kat ebay kan ada. Ada toira ada
mashi. J
Kot2 ibu n ayah nak buat arranged marriage macam
diorang ni pun best jugak, hihi. Nak anak dato yang beriman! Yang hensem sikit
kalau boleh. Yang pandai masak!
Tapi satgi dapat mak mentua mak datin, ishkk seram. Takmau
lah.
Okay nurhidayah apa kaweng2 ni….kita cerita pasal apa tadi?
Hati.
Jadi hati, tabah lah. J
…………………………………………………………………...........
baidewayyyyy kita sudah vaccinated cervical cancer. Hee rasa seronok pulak tatau lah apasal. Padahal hepatitis B pun x habis lagi. Macam kena redo je. :S
p/s May is comingggg :D
Rasulullah s.a.w
bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul
daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak
maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”
Bukhari dan Muslim
3 comments:
kawen kawen dah 22 dah. tak pyh carik anak dato jauh2.... kt czech? :p
yeahhh i was about to say the same! haha thanks mashi. cmne buat vaccine cerivcal cancer tu? nak gakkk. :P
Haishhhh kan dah cakap kat situ, ada jodoh, ada lah. :)
vaccine tu hospital buat annoucement 1 dose bayar, next 2 doses free. xtau la, maybe boleh check kat website hsopital kat msia kot.
Post a Comment