salam to all.
baru balik bilik. penat. tadi pergi wispi untuk masukkan gula-gula dalam belon. seronok? taaak langsuggggggg.. lepas tu tetiba ada idea baru pulak. pup! kami pun punggah balik gula-gula gula-gula (jamak) dari dalam belon untuk di salotep dan dibungkus dalam pembalut hadiah bewarna purple. (buruk sikit lah). dj telah menunjukkan bakat terpendam membungkus gula-gula pada tahap 3 ( tahap hebat) dan beliau telah bekerja tanpa henti sehingga pukul 11.30 malam. okayy, sebenarnya kena paksa, demi menghormati project manager, yelah yelahhhh..
lepas tu pulang lah ke bilik dengan kepenatan melampau. peruntukan waktu untuk physics lab report habis kene bakar. sheessshhh.
klimaks cerita.
( ini bukan first time, dah banyak kali dahh.)
hati remuk. jiwa parah. ada manusia yang x buat kerja. (bukan dekat guidance project tadi okaayy.. tadi semua baik-baik kecuali president bajet). ini cerita lain. dengan kegeraman tahap karma, dj hampir-hampir meletup. (ohh teringat molotov. kamu tahu molotov apekahh? tahu? xtahu sudah.) lantas dengan perasaan marah yg membara-bara bagai dirasuk, dj pergi jumpa manusia itu dan terus bagik tumbukan padu berbijik-bijik. lepas tuh buat flying kick skali. tarik2 rambut dan hentak-hentak kepala manusia tersebut ke dinding dengan rasa puas. malangnya, belum puas! tampar-tampar muka dia sampai sakit. ( tangan sendiri pun sakit jugak) lepas tu nak baling kasut-kasut serta baldi-baldi manusia lain kat dia. biar dia rasa. biar padan dengan mukanya. heh!
err.. imaginasi terlebey-lebey lah pulak. okay yang tadi tu tipu jekk.
ironinya di sini, pekerja (manusia terbabit) tidak menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan oleh majikan walaupun pada hakikatnya seorang pekerja memang ditakdirkan untuk melakukan kerja dan dibayar gaji. BUKAN MAKAN GAJI BUTA!
ohh. teringat ayat lintang pukang dalam test malay siang tadi. haruuuu...
maka, dengan ini saya mahu menyampaikan pesan kepada manusia terbabit, lain kali kalau xnak buat kerja cakap lah awal2. lantak pi la dengan alasan air selloww ke hape ke, tapi xpayah la buat orang mengharap lepas tuh hancurkan senang-senang. sensitip taww!
hari khamis nanti tolongggg basuh baju saya yang dah bertimbun-timbun tu yer. terima kasih. dan jangan buat-buat lupa nak dry. heh.
7 comments:
wow. bdk blaja bm. ^^ hee.
ps : ak pn rse nk bnuh org mlm ni. hati punah.. lunyai. huh!
huhuhu..mkcik dobi x bsuh bju org tu....
hahaha~ sabar sabar sabar! ^.^
tu lah. dah la kames neh nak balik. kijammmmm
manusia terbabit baca blog ke? hehe.. (=
mungkin ya.
malangnya bukan blog den.
ouch. =.='
macam kenal je manusia itu..hehe
Post a Comment