Wednesday, August 20, 2008

lunch di klcc


3.30 pm

turun dari teksi, buka kasut, masuk rumah, cari abe dan meeyan.
tiada.
cari di bilik.
tiada.
cari di bilikku.
ada. hoh.
cepat2 mereka mnyerbu.


memang lah, ada rotiboy.




abe dan meeyan.ironi














(rotiboy sangat sedap. roti 2 die for!)
bkn ni yang aku nak share.
kemudian aku halau mereka keluar. salin pakaian. dan solat.
dan buat nestlo ice.
aku cepat2 grab tetikus kaler2 ini. dan blogging.
12.00pm
lebih kurang. aku memanjat tangga di stesen lrt jelatek.
dan beberapa minit kemudian, lrt meluncur laju. ke klcc.
panorama yang bosan. kanak2 sekolah dengan pesen masing2.
aku tercongok menunggu mashi. haihh.
mashi datang. memandangkan saat itu adalah lunch hour,
kami pergi ke kino dahulu.
LA TAHZAN. ini tajuk buku yang aku hadiahkan pada ibuku.
(walaupun xpernah nampak ibu baca, tp aku yakin ibu selak2 jugalah)
aku cuba baca. random. 1 cerita.
kisah wanita yang berzina dan mahu bertaubat.
dia minta direjam oleh Rasulullah saw.
hebat.
tutup buku.
aku terpandang buku karya habiburrahaman al syirazi. (maaf, xtau eja)
itu penulis ayat2 cinta yang aku suka.
dan kakak usrahku ada rekemen buku beliau yang bertajuk sujud di atas sejadah cinta.
menarik. hero bernama zahid.
lupakan. ranjau sepanjang jalan menuntut komitmenku.
mashi beli sebuah buku. aA + bB.
menarik tajuknya kan.
kami keluar.
ke tingkat bawah. food court.
makan. orang sudah tidak ramai.
dan aku makan. mereka tidak.
(bosan lah type) *sigh*
turun. heading towards kfc.
terjumpe syazwan. mcm biasa, dia gelak kelakar lagi.
seronok jumpa aku agaknya. maaf syazwan.
mashi kate dia hensem.
perbetulkan spek kamu, mashi.
(tp senior pun kate dy hot)
xlah, dia macam adikku. gelak memanjang.
mashi dan aku dan adik mashi santai di kfc.
nasib adik mashi beli cheezy wedges.
kami burak2. sampai kering tekak.
mahu minta sprite adik mashi, segan la.
3.00 pm
aku mahu pulang.
aku beli rotiboy. teringat.
kabut2 masukkan duit dalam purse. teringat.
jalan turun ke stesen. teringat.
beratur beli tiket seorang. teringat.
tekan skrin sentuh yang nak keluarkan tiket tu.
mmg selalu x dapat. teringat lagi.
tunggu tren. teringat x sudah.
sampai di setiawangsa. seorang.
pening2 lalat. x ckup tidur agaknya.
nasib x jatuh.
cepat2 aku panjangkan langkah.
ambil teksi.
"tekanan 3kg dalam mata buleh pecahkan bijik mata"
diamlah. aku x mahu teringat lagi. sakit kepala.
aku terus duduk.
laju sungguh pakcik teksi ni bawak.
tapi pakcik ni pakai serban.
ak buat bodoh.
tiba-tiba pakcik tu bersuara.
" hisy, nampak x teksi dekat simpang tadi. nasib baik x terlanggar. kereta da dekat pun nak keluar lagi."
err. ak x nampak sangat. tapi rasa2 nampak la sedikit.
" kita kena la sabar, kalau accident kan dah susah"
baik, pakcik. kepalaku berat.
" sebab tu Allah suruh manusia bersabar. Nabi pun suruh. Tidak sabar ni banyak bencana. Suami isteri kalau tak sabar, gaduh juga. Adik beradik pun cmtu."
terpempan.
" Dunia ni memang banyak dugaan. Sabar jalan terbaik."
ok pakcik, belo kiri yer. depan kete putih tu stop.
tima kasih pakcik.
cepat2 aku masuk ke rumah.
Mungkin takdir aku jumpa dengan pakcik tu.
yep, aku mahu sabar.

No comments: