Jadinya harini adalah hari ahad. Hari berbreakfast omputeh campur teh tarik kalau kat rumah. Rasa nak buat mayo scrambled-cacamerba-egg pagi tadi, tapi ibu pesan x boleh makan telur. Kena pantang. Housmet pesan kena pantang makan, nanti luka tinggal parut, turun harga. =.="
Oh well. Luka luka bengkak lebam ni adalah hasil daripada kejatuhan dari motor hari rabu lepas. Niat nak beli sayur dekat depan cheff inn tu x kesampaian bila ada seketoi kereta warna merah tetiba potong lalu berhenti , sangat dekat.
Lalu nak jadikan cerita, sempat tarik brek (both sides) tapi sebab dah dekat sangat, saya pun terlanggar kereta tersebut lalu KEDEBABOM - jatuh terseret. Masa jatuh tu cepat2 tendang motor sebab takut tersangkut kat mana2, bunyik motor tu sangat dahsyat. Kesian motorkuu. xsempat bergambar bersama lagiiii. Haih!
Driver tu merupakan lelaki muda (dipercayai student MIT yg xdak lesen). Dia keluar dengan muka serba salah dan tanya are u okay. memang kena marah terus lah. ada ke patut pegi berenti tetiba macam tuh???!! baghang ke hapa lu??
Tetiba Kak Effa lalu and stop, masa tunjuk kat Kak Effa luka kat tgn tu, baru perasan tangan menggigil. Tetiba rasa pening. Last2 x dengar dah apa orang bising2, saya terus duduk atas tanah, kang jadi scene pengsan2 pula. Kak Effa ckp maybe kurang haemoglobin, jadi shock. (memang pun, sbb masa nak donate blood haritu xlepas. sobs.)
Orang tu offer pegi private clinic, dan bersihkan luka semua, dapat tetanus shot yang toturing sampai now, dan dapat coklat sebagai tanda maaf daripada makhluk tersebut.
HOI nasib baik ko boleh tahan hengsem n kawan kau ni baik hati bawak bag sampai rumah ada ke patut lepas kasi orang eksiden bagi cekelat je kau ingat aku ni budak kecikkk?? Anyway thanks la brader.
And semalam dah pegi xray semua, alhamdulillah no fracture or tear or pape je la, cikgu ni ha yang semangat sangat suruh jugak pegi xray. Siap kena marah lagi sebab x pegi awal2. Wuuu.
Ibu kata, ni satu pengalaman. Bila fikir balik, eksiden ni totally bukan salah aku, logically. Sebab memang org tu yang stop tetiba kan. Tapi dalam ramai2 manusia kenapa aku yg terpilih. (please jgn cakap sebab aku baru je blaja naik beskal lepas tu bawak motor). Mungkin sebab ada salah silap yang aku x terfikir about. Ada hikmahnya kan.
Bila xde ibu xde ayah kat sini, semua benda kena buat sendiri. Thanks kawang2 n kakak2 yang banyak tolong. Yang teman pegi clinic, yang amikkan motor, yang bagi placebo ;) dan yang tanya2 khabar. Alhamdulillah.
Oh dan saya masih sedih sebab kasut baru je beli kat sogo masa cuti haritu dah koyak - eksiden punya pasal. Serius sedih.
2 comments:
hahaha...
dulu masa form5 aku pernah slah landing masa maen volleyball, fracture my right fibulla at the malleolus.
simen dari jari kaki sampai atas siket pada lutut. dua bulan mc.
ada skali masa rutin xray tgh tunggu2 kat sepital, jiwa muda aku yg lemah iman dan cenderung ke arah agnostisme membuatkan aku tanya Tuhan;
"..Ape yg macam ni mung bagi aku? tak pasal2!!.."
lepas tu depan aku ada sorang lelaki lalu atas wheelchair sambil ditolak. beliau dibalut macam mumia, balutan nya berdarah2 dan ada bahagian kaki beliau tertusuk besi2 dan skru.
i take it as if God want to say; "..shut up!!.."
haha..kalau kena apa2 musibah, don worry and be happy! kerana mungkin ada hikmah.
apapon, selamat sembuh cepat!!
whoa ciko.. thanks! tu la, sikit je ni. masa pergi clinic, baby2 pun berdarah2 lagi sedih.
Post a Comment