Thursday, December 16, 2010

Muka saya asymmetry.

Salam.

Hai, harini nak cerita pasal perbezaan doktor bedah dan doktor gigi bedah. Err maxillo-facial surgeon. Tak banyak beza pun, cuma kalau surgery tu kena buat dalam mulut, mestila patient tu kena bukak mulut kan, dan patient tu mesti la conscious kan, dan Dr A kata patient selalunya akan jadi double conscious.

Betul la cakap dia.

Last week saya telah membuang gigi belakang atau nama dia permanent mandibular left third molar atau wisdom tooth. Seminggu sebelum tu, permanent maxillary left third molar (gigi belakang atas) saya dah wasalam. Sebelum surgery tu sorang doktor perempuan datang bawak syringe besar gedabak and tanya gigi mana nak cabut, lepas tu dia terus je injek dua kali. Saya kunun2 nak jadi tough tapi sakit dia melampau2 sampai sorang doktor lelaki datang tanya are u okay? Tanya pulak!

Lepas tu doktor2 berkenaan (ada 2 orang) dah siap2 pakai baju macam dalam tv tu, datang keluarkan pisau, gunting, benang dan segala jenis mesin mesin. Dia suruh nganga dan rasa2 oral cavity dan asek tanya dah kebas ke belum. Fine la, dah kebas.

Masa surgery ni, saya x dibenarkan tutup mata, dan kena bukak mulut luas2, dan tengok je pisau keluar ada darah2 lepas tu mesin masuk lalu mengeluarkan bunyi macam orang buat besi lepas tu macam2 la procedure, last sekali kena jahit dengan benang hitam yang saya boleh rasa dengan lidah sekarang.

Semua ni live depan mata, ouch!

Dan hari hari selepas surgery ni yang mendukacitakan. Pipi saya bengkak yang tersangat dasyat, dan semua orang yang tgk saya masa hari ahad dan isnin semua bagi reaction yang sama. Lawak lah korang ni. Alhamdulillah, bila class started on selasa, bengkak dah surut sikit, jadi x ada la terlebih comel sangat pergi kelas. Tapi till now rasa sakit. And palate saya ada jerawat. :(( Dua. :(((

Ohh, kenapa perlu surgically remove gigi ni, sebabnya ialah gigi saya half impacted. Setengah je tumbuh lalu mesti dibuang. Dan untuk ortho treatment juga. Doktor kata jaw saya kecik, mungkin nanti kena pakai head gear mcm Willy Wonka. Gila hapa??

Ada lagi 2 gigi untuk dibuang. Doakan saya selamat. Dan doakan saya xpayah buang premolars pula, kalau tak nanti jadi 8 gigi kena cabut. Aaaaaaaaaa...

***********************************************************************************

kadang2 kita xfaham kenapa ada org buat something yang kita rasa nonsense, tapi hormat je la org lain okay. Macam kau kau kau dengar lagu merepek repek, i never questioned.




No comments: