banyak benda yg aku nak cerita sebenarnya. tapi since i've been loaded with tonnes of works, memang xsempat lah nak online. siriesly, xsempat. balik rumah ni pun ingat nak buat EE, tapi kakak tu xde kat shah alam, so xpelah. IA maths yang due next week pun xstart lagi. lab report bio dan chemistry pun sama. documentation untuk mega project kampung bayai pun bersepah2 lagi, cikgu asyik tanya progress. english carnival and guidance report. xpe dj, jangan tensi. tekanan perasaan perlu diubati dengan senyuman. atau senyap sudah.
rasa nak muntah naik bus. memang, memang. minggu ni saja, 3 kali aku naik bus.
jumaat lepas, naik bus pergi kuala nerang, kedah. tapi malangnya bus rosak. khamis before tu pun xboleh pergi swimming sebab bus rosak, tapi cikgu kata naik je la bus kolej mara seremban tu pergi kedah. dan kamu tahu berapa lama masa kitorang ambik? 13 jam dari seremban to kuala nerang. sakit pinggang eden. naik siput pun xpe kot.
tapi tapi tapi, aku sangat2 lah terharu dengan pakcik bus, pakcik jamal and pakcik apetah sorang lagi. otw balik seremban, bus tu dah nazak dahh. terpaksa berhenti banyak kali. and ada sekali tu kitorang tanya la pakcik tu, bila boleh sampai, dia kata
"sebelum subuh insyaAllah sampai. kalau bus nie berhenti pun, pakcik sanggup dukung sorang2 balik seremban. korang jangan risaulah."
terharuuu. terima kasih, pakcik.
well. banyak nak cerita pasal kem tu, tapi aku xtau where to start. yang penting, aku seronok sangat. walaupun honestly i think the contents were boring, tapi pengalaman kat sana memang besh. bilik ada aircond, tapi toilet xbes sebab xde shower. huuu. food memang sedap lah. and cafe dia pun sedap, lagi2 makan nasi goreng dusun yang banyaaaakk gila pukul 12.30 pagi. kan shazril dan ikmal? mereka dekot, xmo blanje. huhh. lepas tu ambik gambar banyak2 dan tido time ceramah, dan akhirnya smpai kolej pukul 5.45 pagi hari isnin, dan masuk kelas pukul 11 pg tu. apa yg aku dapat? banyaaaakkk. dapat jumpa kawan2 lama. jumpa zafira kwn lower form, jumpa asyriq kwn plkn. dua2 kat banting. dan jumpa junior langkwi yg skrg kat kpm kulim. lagi? hmm.
ohh! group cencalok (me and dd group tu) pergi rumah orang2 tua2. bersihkan kawasan surau lama and borak2 dengan nenek2 tu. diorang marah aku panggil makcik. laaaa. aku bukan la orang yg pandai start a conversation. lagi2 dengan nenek2. mane la aku reti. nenek sendiri pun x borak2 kan. dd terer lah, habis dia korek pasal anak menantu nenek2 tu. aku reti angguk, gelak2, nyampuk2 siket. aku x paham sgt pe dorang ckp. mungkin sebab loghat utara kot. ampuun, nenek. tapi cuba korang bayangkan, macam mana kalau korang dah tua nanti, korang dah x kuat nak jalan, sakit2 pinggang, dan anak2 korang hantar duduk kat rumah orang tua2, dan bila korang cakap2 dengan any volunteers, tapi sebenarnya dorang xpaham pun ape korang ckp?
okay. itu cerita naik bus hari jumaat dan ahad+isnin. ini cerita naik bus hari rabu.
kampung bayai, mega project. disebabkan bus kms sudah semput, maka kami naik bus luar yang amat lajuuuu di jalan yg bengkang bengkok lalu membuatkan aku rasa nak muntah yg teramat sangat smpaikan balik dari bayai, aku pengsan sampai pukul 10 lantas terlepas peluang nak baling telur dekat pyan yang merupakan birthday boy pada hari itu. fuuhhh. *tarik nafas* bayai hari tu, xbuat kerja sngat pun sbenanye, ajar the kids nyanyi lagu voice of tomorrow and mari membaca apetah. dan meeting. dan blanje budak2 tu makan eskem. huu. dah la x bwk duit. nasib baik korang comel tawu taakk. ishk.
dan bus yg paling besh, bus suasana edaran. pulang ke kuala lumpur!
right after test bio sem 1 yang aku mcm mengong sedikit untuk soklan esay c, terus packing2 dan balik! lantak ar hujan lebat ke hape ke. balik pun sebab nak renew contact lens, dan buat kerja. insyaAllah ahad pagi dah nak balik kolej. xseronoknya. kali ni gang bus balik rumah xramai yg pulang, sbb masing2 bz kan. xpe, "man jadda wajada".
ohh. happy birthday to studygroupmate, syazwan! comel jek kene makeup. aku xterlibat taw.
happy birthday to classmate, azwan!
dan happy birthday to balik rumah mate, pyan! you are growing up, tahu?
p/s - banyak gambar nak upload sbenarnya. tapi x mampu. penat je syazwan pose hari tu.
No comments:
Post a Comment