Saturday, January 15, 2011

steamboat!

Assalamualaikum. Hai!

Lepas buat drama dekat library tadi, saya dengan ini mengumumkan blog ni akan di private kan kepada sesiapa yang berminat sahaja. KOT. tulis pun malas nak private buat apa kan? hoho.

Tadi kelas ppd, saya rasa wishes saya yang paling baik hati sekali tapi cikgu tak nak baca.

Semalam semalam masa lepas dissection, saya nampak lecturer yang dissect tu pegi tolong mak dia jual roti dekat kedai.

Saya x boleh focus masa cikgu "Kareena Kapoor" tengah ajar periodontal ligament gara gara tertengok cerita We Are Family haritu.

Mood saya cingcongcingcong campur stress minggu depan exam banyak sangat dengan minggu depan lagi satu.

Orthodontist -doctor yang merepair2 gigi saya umur dia baru 23 dan dia masih duduk dekat asrama macam kitorg ni.

Harini firstime makan subway sorang2 habiskan tp belum habis lagi.

Tak sabar nak cuti! Nak lupakan segala-galanya. uiceh.

Okay, tu je harini.

ohh saya mengidam steamboat lah pula. :(

Monday, January 10, 2011

Januari sampai Februari.

Assalamualaikum.

Hai!

Dah seploh haribulan satu. Seminggu lagi block exam dah nak start! Lepas tu macam tiap tiap tiap tiap tiap hariiiii ada test selang seli practicals, viva, dan theory block.

Lepas ni kelas prostho yang disaster.

Esok test Dental Materials yang selalu tertido dalam kelas sebab ... .

Help me please.

Saturday, January 1, 2011

Kahwin ( kita sudah dewasa )

Assalammualaikum. Hai.

January 1st, cepat nya masa berjalan jalan. Cepat sangat! 2011 ni banyak benda best akan berlaku, insyaallah. Saya akan pergi jalan jalan India, habis first year BDS dan balik malaysia. Itupun kalau sempat lah kan.

Dan.. satu topic hot yang semua orang pun cerita cerita setiap hari, KAHWIN. Saya pun xtau la kenapa orang cerita pasal kahwin tapi mungkin jugak sebab.... kita sudah dewasa. Doploh satu dah weyy.

Kalau dekat kelas, dengan makcik makcik geraham, setiap masa cerita carik calon, calon, calon. Lepas tu kahwin bila.

Tadi program Peace of Palestine, start dengan forum Baitul Muslim.

Usrah pun terkeluar pasal kahwin.

Seseorang pernah cakap bila saya kata dekat dia saya nak kawen, dia cakap repair yourself dulu. Tapi macam mana. Itu menjadi kemusykilan sampai sekarang. Hurmmm. ?

Jadi saya telah mendonlod banyak lagu nasyid hahaha okay saya serius. Pasal wanita islam hebat.Dan saya nak jadi macam Rabiatul Adawiyah. Tapi rasa nya kena delete lagu mcr dulu kot.

Saya memerlukan orang2 hebat juga.

Dan kekuatan.

Kena jadi baik nanti baru boleh masuk meminang orang. hehe

Tah pape je post tahun baru.

Later! :D




Thursday, December 30, 2010

See You Next Year


....... in multipurpose lab for physiology practical.

Sunday, December 26, 2010

Rindu mereka.

* nak letak banyak gmbar tapi x larat nak carik dah bersepah sangat. * tapi saya rindu mereka lah. :(

Monday, December 20, 2010

sabar

Salam.

Hai. hari ni macam biasa, hari disaster impression compund. Bila kita berdoa nak jadi orang yg tabah dan sabar, Allah bagi kita peluang untuk bersabar, dalam kes saya, melalui practical impression compound. Alhamdulillah. hmm.

esok kena bersabar lagi, lecture dental materials.

lusa sabar lagi, carving gigi canine mungkin akan di rejected. lagi.

dan hari2 seterusnya, sabar untuk hidup.


************************************************************************************

dan his last word was " ...... pandai-pandai lah korang." selepas berpuluh minit penutup dia mcm tu, saya x faham.


Thursday, December 16, 2010

Muka saya asymmetry.

Salam.

Hai, harini nak cerita pasal perbezaan doktor bedah dan doktor gigi bedah. Err maxillo-facial surgeon. Tak banyak beza pun, cuma kalau surgery tu kena buat dalam mulut, mestila patient tu kena bukak mulut kan, dan patient tu mesti la conscious kan, dan Dr A kata patient selalunya akan jadi double conscious.

Betul la cakap dia.

Last week saya telah membuang gigi belakang atau nama dia permanent mandibular left third molar atau wisdom tooth. Seminggu sebelum tu, permanent maxillary left third molar (gigi belakang atas) saya dah wasalam. Sebelum surgery tu sorang doktor perempuan datang bawak syringe besar gedabak and tanya gigi mana nak cabut, lepas tu dia terus je injek dua kali. Saya kunun2 nak jadi tough tapi sakit dia melampau2 sampai sorang doktor lelaki datang tanya are u okay? Tanya pulak!

Lepas tu doktor2 berkenaan (ada 2 orang) dah siap2 pakai baju macam dalam tv tu, datang keluarkan pisau, gunting, benang dan segala jenis mesin mesin. Dia suruh nganga dan rasa2 oral cavity dan asek tanya dah kebas ke belum. Fine la, dah kebas.

Masa surgery ni, saya x dibenarkan tutup mata, dan kena bukak mulut luas2, dan tengok je pisau keluar ada darah2 lepas tu mesin masuk lalu mengeluarkan bunyi macam orang buat besi lepas tu macam2 la procedure, last sekali kena jahit dengan benang hitam yang saya boleh rasa dengan lidah sekarang.

Semua ni live depan mata, ouch!

Dan hari hari selepas surgery ni yang mendukacitakan. Pipi saya bengkak yang tersangat dasyat, dan semua orang yang tgk saya masa hari ahad dan isnin semua bagi reaction yang sama. Lawak lah korang ni. Alhamdulillah, bila class started on selasa, bengkak dah surut sikit, jadi x ada la terlebih comel sangat pergi kelas. Tapi till now rasa sakit. And palate saya ada jerawat. :(( Dua. :(((

Ohh, kenapa perlu surgically remove gigi ni, sebabnya ialah gigi saya half impacted. Setengah je tumbuh lalu mesti dibuang. Dan untuk ortho treatment juga. Doktor kata jaw saya kecik, mungkin nanti kena pakai head gear mcm Willy Wonka. Gila hapa??

Ada lagi 2 gigi untuk dibuang. Doakan saya selamat. Dan doakan saya xpayah buang premolars pula, kalau tak nanti jadi 8 gigi kena cabut. Aaaaaaaaaa...

***********************************************************************************

kadang2 kita xfaham kenapa ada org buat something yang kita rasa nonsense, tapi hormat je la org lain okay. Macam kau kau kau dengar lagu merepek repek, i never questioned.