Friday, May 4, 2012

True Hero

Assalammualaikum.

Yeah, happy birthday to meeee. Well, terima kasih dekat semua orang yang wish + doa, dalam sms, bbm, twitter, live shoutout dalam kelas. :D

Dah tulis entry ni masa malam tu, tapi tetiba ada blackout lepas tu nak save dah x boleh lepas tu hilang macam tu je. Masa tu nak tidur dah, type2 kejap, dah secara tiba2 rumah gelap gelita. Lepas tu ada mokcik2 PR (premier residency) ni menjerit2, seruh keluar bilik, ingat kan ada apa la. Keluar2, ada oreo cheese cake buat sendiri seketoi atas meja :') siap ada camera man lagi tunggu snap2 macam retis pulak ai rasaaa. Masalahnya camera man tu duk snap2 masa orang tengah serabai. Tapi takpe, gambar semua cung2, tapi tak boleh la nak upload kan. Sayang housemates!

Sebenarnya....... manusia yang paling layak diraikan pada hari ini (3rd May) ialah orang yang sanggup berhempas pulas sanggup gadaikan nyawa 22 17 tahun dahulu. Kalau lah beliau putus asa pada masa tu, maka tak de lah manusia ohsem yg akan tulis blog ni.

Menurut beliau, baby yang over berat ni lahir sampai kena guna vacuum, sebab susah sangat nak keluar. Patut lah sampai besar ni degil bebenor. Haish *gelengkepala* Dah lah lahir tengah2 hari buta! Kacau waktu lunch je kan.

Cuba korang pergi bukak kat utube tengok macam mana orang bersalin lepas tu try bersalin, ada bran??  

Itulah dia true hero masa hari kejadian, tanpa beliau, tak dapek lah den nak nengok dunia ni ha. Dengan izin Allah swt of course. Dan tanpa ayah, tak mungkin hidup aku se selesa ni sampai sekarang.

Terima kasih ibu ayah, my true heroes! 

Allah SWT berfirman yang bermaksud:


 “Dan Tuhanmu sudah perintahkan, supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada usia tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar), sekalipun perkataan ‘uuh’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.” (Surah al-Israk ayat 23-24). 


Wednesday, May 2, 2012

Epic Heart Is Epic


(Entry ini ditulis sebaik sahaja selepas habis exam 30/4, tapi macam biasalah, siang2 internet siputs. Dan Class trip tak jadi pong sebab habis tickets. Sobs.)

Assalammualaikum.

Weeeeeeeeee……………!!!!!! Dah habis exam block III. Maknanya ada lagi satu block lepas tu berhempas pulas untuk Unis dan lepas tu balik! :D Insyaallah. May Allah ease! Ahah tak tau kenapa happy semacam mungkin sebab lepas ni nak pergi Class trip dengan Makcik Gerahams kot? Kunun2 nak jadi oreng kaya berhibur tengok wayang tidur hotel sebab esok cutiiii!!! Tapi malasnya nak naik bus roller coaster2 jam.

Iye. Panggung wayang terdekat dari sini adalah sepanjang 2 jam perjalanan.

Menengok kepada tajuk entry kali ni, Epic Heart Is Epic (hehe macam familiar tak sesapa?) Nak bercerita pasal heart.

Dalam term perubatan, heart ialah jantung. Dalam bahasa chenta, heart ialah hati. Kita cakap dua-dua.

1. Jantung.

Rasanya dah bertahun2 dah benda ni ada. Nak describe macam mana ya, throbbing, macam ada orang cucuk dengan pisau. Tak boleh tarik nafas normal. Dulu kalau jadi, tak sampai seminit pun  Alhamdulillah hilang. Tapi sejak akhir2 ni, dia jadi persist, sepanjang exam pharmac tak betul2.

Jadinya petang lepas practical pergi cardiology department. Buat test ECG and ECHO (yang macam ultrasound orang check baby dalam perut tu) Alhamdulillah jantung sihat sejahtera lega pheww!

Yang paling best – buat test + jumpa doctor takbest adalah FREE. Hehe.

Buat masa sekarang, tak tau nak buat apa. Syukur dalam sakit-sakit pun, tuhan  bagi bernafas lagi. Kot2 sakit terus tak boleh bernafas? Haaaa. Pernah jugak panic rasa macam nak mati. Cuak oh.

2. Hati.

Dalam perasaan cuaks cuaks sebab selalu diingatkan pasal kematian - hati makin rasa tak sedap. Say TAK NAK to hubungan luar tabii kegembiraan hakiki. Nak bercakap pasal hukum, aku bukanlah orangnya. Tapi hati rasa tak sedap tak tau kenapa.

Ye. Keputusan muktamad. Tak, tak drastic. Memang dah lama fikir. Sebab aku (kita guna aku ye) tak ramai kawan. Takde pun sebenarnya. (imeanyangbolehbuatluahanperasaankawan menangisbersama) no, I don’t have any. Dialah kawan ketawa menangis aku selama ni. Kena marah ngan cikgu, jatuh luka, sakit demam, menyampah dengan orang. Tak semua orang boleh sabar dengan emosi tak betul aku. Lama dah pulak tu.

Tapi lepas tu aku tengok video ni. Okay semorang wajib tengok ni!



Rasa normal je kalau foreveralone. Dan aku rasa cinta memerlukan pengorbanan. Cewaahh. Allah yang Maha Penyayang kan ada. Ibu yang cun melecun dan ayah yang hebat kan ada. Adik2 yang gila sampai kadang2 rasa nak pergi jual kat ebay kan ada. Ada toira ada mashi. J

Nak kata inspired, bukan. Nak kata jealous, tak jugak. Tapi rasa seronok tengok ada orang bahagia macam mereka ni - FarahinLee & DenaBahrin. Memang wujud kan. Jadi kalau ada jodoh, ada lah.

Kot2 ibu n ayah nak buat arranged marriage macam diorang ni pun best jugak, hihi. Nak anak dato yang beriman! Yang hensem sikit kalau boleh. Yang pandai masak!

Tapi satgi dapat mak mentua mak datin, ishkk seram. Takmau lah.

Okay nurhidayah apa kaweng2 ni….kita cerita pasal apa tadi? 

Hati.
Jadi hati, tabah lah. J
…………………………………………………………………...........

baidewayyyyy kita sudah vaccinated cervical cancer. Hee rasa seronok pulak tatau lah apasal. Padahal hepatitis B pun x habis lagi. Macam kena redo je. :S

p/s May is comingggg :D

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”
 Bukhari dan Muslim