Friday, February 24, 2012

Voucher.


Assalammualaikum.

Terima kasih lah kepada pokcik2 bagi voucher buku rm200. So lepas tigapat kali bertapa kat kedai buku, ditemani manusia yang x pernah bosang, ni yang dapat beli.



Ingatkan nak beli buku Tun Dr Mahathir tu, tapi duk dilemma nak beli ke tak, last2 rembat Malay Dilemma je. And semalam ibu tunjuk satu buku best, tapi terlambat dah. Namaku Bukan Maria tu kisah Natrah tapi diubah sikit kalau Natrah x pergi.

Dan dapat jugak melantak Seoul Garden! Kl Festival City not bad, banyak kedai. Lagi 6 bulan mesti dah lagi cantik bila siap nanti.

Okay. Dah kena bersiap2. Saat2 terakhir kat Malaysia sampailah Ogos insyaallah. Menikmati internet laju unifi. Kat sana siput dah, susah nak update blog. Doakan kami ye. :)



Friday, February 17, 2012

Ride the Movieesssss! :D

Assalammualaikum!

Halooooooo dah lama tak bertwitter. Sebab duduk rumah. Too busy having fun at home. Bila balik India nanti, bila rasa macam takde life without sweethearts, barulah kita kembali tweet. Ok.

Btw ni nak share cerita manusia2 hebat pergi jalan-jalan Universal Studio Singapore!

Bertolak hari Selasa dari Terminal Bersepadu Selatan (cung gilos macam epot oh!) sampai Larkin. Lepas tu check in hotel terus. Lepas tu pergi membahayakan nyawa lintas highway semata-mata nak makan Singgah Selalu......

lagi 5 orang yg dah lintas dok bagi kata2 semangat time ni.

Makanan kat Singgah Selalu tu boleh tahan sedap! Berbaloi lah. Rasa.. normal. Takde la mcm whoa sangat.
Kuey teow Thai something2. (rindu real kueyteow, kat India guna pasta)

Lepas makan, pergi rumah nenek kawan, and makan lagi. Ada kuih jongkong (kalau xsilap) ada karipap, keropok, melantak macam orang belum makan. Terima kasih Mak Tok! :) Pastu pergi Angsana tukar duit, then ke Danga Bay. Malangnya kitorang pergi malam Valentines, penuh manusia berpasang pasangan. Tapi mereka kata kalau bukan Valentines Day pun, memang begitu.





Esoknya, awal2 pagi dah bertolak ke Singapura, sampai sana around 9 am. Belum pun pukul 10, (Universal Studio bukak pukul 10) orang ramai dah start beratur nak masuk. Weekdays pun ramai! Masa sampai tu rasa macam terujaaaa!
Gambar Wajib.

Po!


Transformers Ride was awesomeeeee!!!!!!

Far far away land bebeh!

Egypt.

Jurassic Park. Boat ride sampai basah kuyup. Cool.

Kena buli ngan Shrek n Fiona. Kejam gila diorang nih.

Street Dance.



Takmalujap kitorang naik Mary Go round Madagascar version. Hehe
Menari I Like To Move It Move It. Comeyyyy!

Banyak lagi benda2 superb kat sini macam rides Cyclone n merah tu apa tah nama dia. Setiap kali lepas naik pusing2 mesti kena makan asam. Pening. And 3D Theatre Shrek memang best, bila Donkey bersin ada splash kat muka. huuu. Musical hantu2 pun best. Waterland punya performance memang gua respek lah! Kagum. And street performance was cool.

Kitorang lunch kat Goldilocks, KFC style. Overall, spent untuk makan lunch n dinner dalam $25. So kalau tukar rm200 tu cukup je untuk beli-beli.

Lepas tu naik monorail pergi beach, tengok Songs of the Sea. Monorail tu freeeee.


Bus balik Johor pukul 1030. Balik-balik tu, flat terus. Esoknya, pergi Melaka ambik voucher. Lepas tu tengok Dental building cung! Tapi time tu tengah ada exam, so xboleh naik. Kitorang boleh masuk OPD je. Sampai rumah dalam pukul 7pm dengan selamatnya alhamdulillah :) Sekian~

p/s Last picture. Terima kasih banyak2 kepada dia ni juga sebab bangun pagi hantar. :')






Saturday, February 11, 2012

Mengundi - saya budak kecik lagi.

Assalammualaikum.

Alhamdulillah dah sampai Malaysia dalammm 5 hari lepas. Namun ikan patin masak tempoyak belum mampu jamah lagi. Argh.

Haritu ibu tanya, bila nak pergi daftar mengundi.

"Taknak mengundi boleh tak?"

Sila jangan suruh saya baca post pasal hukum mengundi sekian terima kasih.

Sebenarnya diri sendiri pun memang taknak jadi orang atas pagar, rasa macam x bertanggungjawab pulak kan. Tapi nak buat macam mana. Saya budak kecik lagiiiii. hee

Okay. asbabnya ialah ini - Surrounding Authority - klik!

p/s politik memeningkan. jom bina sistem khilafah semula jommm?