Thursday, June 30, 2011

The Final Countdown

Assalammualaikum.

Entry ni ada lagu background the final countdown by scorpions. (in your head)

Hurm. Alhamdulillah, block 4 dah pun habis semalam, dengan sadis dan tragisnya. Paper DADH mmg x pernah kesian la, dari dulu sampai la ni, susah semedang. Tak kurang juga paper2 lain. Ujian Allah nak kasi, time exam tu demam sesema lak kan. Smbil duk telan ubat, duk minum kopi. Pagi2 pergi exam pening je.

Okay dah siap exam. Now ada lagi 19, 18 hari je nak final exam - unis. Unis ni wajib lepas, at least lepas la k. Kena usaha lebih sikit. Time2 dah xde kelas ni kan, kena sumbat banyak2 disiplin dalam diri. Sebab sampai lah harini, saya x bukak lagi buku untuk unis. Cuak je lebih. Hailaaa

Oh cakap pasal harini, saya sepatutnya pergi mangalore, shopping2 sikit makan sizzler ranch. Tp pagi td tetiba je dapat message kena dtg dentist, pukul 9. Lama jugak la bertapa kat situ. Bukak wire, ambik second impression (dah x gagging!), pasang heavier wire, n kalini dia guna getah untuk lekat, bukan besi, tapi kaler putih. Then amik xray. Tengok kepala sendiri tadi rasa mcm, apesal kecik tengkorak ni, kat dissection hall tu besar jek. Kan? Dan lepas tu buat cleaning..

Balik tadi tido je. Bangun2 bukak laptop. Nak makan pun malas. Planned nak pergi SP police, lepas tu shopping kat Udupi, tapi TERtido. Hurm bosannya xtau nak buat apa.............

*ketepeng!* pelangkung diri sendiri. Harus lah saya membukak buku kann.

p/s MAHU TENGOK TRANSFORMERS! argh.

Friday, June 24, 2011

Assalammualaikum.

Suka lagu niii :) Dedicated to everyone :)


p/s xtau kenapa bila embed vid, dia tepotong.

Sunday, June 19, 2011

Hari ni hari ayah.

Assalammualaikum.

A video instead.


Loves. :)

Sunday, June 12, 2011

We will not go down :_(

Assalammualaikum.

Semalam usrah sampai pukul 11 malam, sambil layan spaghetti and tomyam kak aini masak plus video2 menarik. Salah satunya ialah We Will Not Go Down. Lepas tu kak aini share sikit, dia cakap

"Apa yang jadi dekat Palestin sekarang mcm rahmat buat mereka dan bala buat kita"

Seram sejuk sekejap. Bala oiii...

So saya nak share sikit apa yg kakak usrah saya cakap tu, tp disebabkan saya punya bahasa tunggang langgang, jadi saya buat sikit2 je la, sorry kalau x dapat relate. Ni mcm copy paste je dari usrah, xreti nak komen.

Rasulullah s.a.w pernah cakap yang tempoh masa daripada kerasulan sampai lah kiamat ada 5 fasa :
1. Zaman Rasulullah s.a.w hidup - kita dah lepas.
2. Zaman Khulafa Ar-Rashidin - dah lepas jugak
3. Zaman title khalifah tu di pass kan melalui keturunan - pun dah lepas kan.
4. Zaman Dajjal muncul - ......
5. Zaman Islam bangkit kembali - sempat ke kita??

Jadi kita kat sini lah, zaman kemunculan dajjal dan dajjal ni nak berkuasa. Rasanya xpayah la cerita siapa dajjal ni kan, ada pendapat kata dajjal ni 'wujud' mungkin dia mcm manusia and all wallahu'alam. Tapi obvious kan dengan isu freemason, illuminati, artis-artis, piramid, mata satu, Palestin, Israel, banyak sangat 'persediaan' yang mereka buat untuk dajjal ni memerintah.

Satu tempat je dajjal xboleh masuk iaitu Tanah Haram. Tapi masa tu org yang duduk kat situ pun, kalau lemah iman dan aqidah, akan keluar jugak ikut dajjal ni. So kita patut berlindung kat Allah..

Tapi Allah kan cakap satu hari nanti Islam akan bangkit kan. Memang sah-sah Islam akan berkuasa balik tapi bila, Allah je yang tahu. So ni la peluang kita, sama ada nak join bangkitkan Islam tu semula ataupun nak tengok je dan jadi orang yang menerima kegemilangan Islam. Tapi sempat kahh?? Sempat ke kita nak terima kegemilangan Islam tu? so baik kita join jadi orang yang melahirkan generasi yang akan bangkitkan Islam. Dapat jugak saham kat akhirat nanti kan.

Allah xpernah jadikan sesuatu tu dengan sia-sia. Kenapa Palestin diseksa mcm tu sekali? Kenapa Allah pilih Palestin yang kena perang?

Sebab Allah tau Palestin ni mampu. Bayangkan Malaysia kena mcm tu. wuuuu awal2 lagi dah angkat bendera putih.

Walaupun orang2 Palestin ni terseksa, tapi dorg dapat peluang mati syahid, dapat peluang bersabar, peluang mcm2 lagi la. Kita??

Allah jadikan perang ni macam balasan untuk umat Islam sekarang. Tengok la saudara2 kita kena seksa macam tu. Lagi lama kita nak bangkit, lagi lama dorang terseksa, lagi ramai orang mati, lagi banyak manusia yang datang kat kita bila akhirat nanti, tanya

"Mana kamu masa kami terseksa dulu??!"

Sedangkan kat dunia ni pun dorang dah dtg tanya mana negara2 Islam lain, nama Malaysia pun kena sebut, dan kita x boleh jawab. Depan Allah nanti, kalau kena tanya macam tu, straight masuk neraka nauzubillah!

Okay saya cuaks.

Diriwayatkan dari Tqausan r.a Rasulullah SAW bersabda:

“...akan terjadi, bersatunya bangsa-bangsa didunia menyerbu kalian seperti sekelompok orang menyerbu makanan...”. Salah seorang sahabat bertanya: “...apakah karena jumlah kami dimasa itu sedikit...”. Rasulullah menjawab : “...jumlah kalian banyak tapi seperti buih dilautan. Allah mencabut rasa takut dari dada musuh-musuh kalian dan Allah menanamkan penyakit ‘wahan’ dalam hati kalian...” Lalu ada yang bertanya lagi :“...apakah penyakit ‘wahan’ itu ya rasulullah???” Beliau bersabda : “... Cinta kepada dunia dan takut mati!!!”.

Atleast apa yang kita boleh buat sekarang ialah, doa. Doa kan senjata mukmin. Jadi kena la jadi orang mukmin.

Sekian copy paste usrah semalam, wallahu'alam.




A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/m/michael_heart/we_will_not_go_down.html ]
Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight


Wednesday, June 8, 2011

Siti Mashitah Shamsul Anuar



Assalammualaikum.

okay, konon2 nak buat post tacing2 sikit sebab manusia tersebut jiwangs karatsss orangnya tapi penat ah xleh nak pikir secara tacing. :p

Happy 21st birthday to youuuuu mwahhxx mwahhxxxx!


Kantoi sepah weh. Tgk tarikh!



loves! <3

May Allah bless you dan selamat menjadi WANITA solehah. :)

p/s sila membesar okayy dah doplohsatu dah cik kak oi.

Tuesday, June 7, 2011

Monsoon


Assalammualaikum. Hai!

Saja, nak wish happy monsoon season. Haha. Hujan sampai september, berenti jap, then hujan balik dari november sampai disember. Sekarang sejuk manjang, sedap je tido. Tadi carik but, tapi orang tu kata mana ada orang pakai but, orang pakai selipar je la.

Tapi bayang kan la, lopak2 air kat india ni penuh dengan hasil kumbahan lembu kambing kucing anjing dan manusia. Juga ludahan. Geliiiiiiii. :(



kepada my botak, dont u ever think of giving up. Tak baik untuk kesihatan.