Tuesday, May 31, 2011

Menyesal gilos.

Assalammualaikum.

Pernah tak rasa rugi sebab tak asah bakat betul2 masa kecik-kecik dulu? Tak kisah la pape pun. Dulu masa kecik-kecik kan kita suka mewarna, tekan-tekan piano, main bola, mandi kolam, main masak-masak, main origami, main jadi orang besar siap ada nama palsu lagi etc.

Tapi bila dah besar, haprak pun takde. Saya la ni.

Time orang lain semua boleh main musical instrument, main sports, pandai melukis, pandai swimming hebat2, blahblahblah.. diri sendiri?? Nganga je la dengar orang cerita pasal pengalaman dapat hadiah best2. Or jumpa kawan baru masa kelab ni, ni, ni.... Or pengalaman masa main sport sekian sekian paling best dalam hidup.

Paling sedih, "Sekarang dah besar, busy study je. Nanti dah kerja busy kerja je. Nanti dah kahwin, busy jaga rumah jaga anak je"

Bila tengok budak-budak kecik kan, rasa macam nak patah balik masa lalu lepas tu belajar semua benda, masuk semua pertandingan, join semua clubs, try semua games. Serius. Kenapa lah aku tak buat semua ni kecik-kecik dulu. Sekarang semua orang dah hebat, MALU nak join sekaki.

Tapi bak kata Imam Ghazali, benda yang paling jauh ialah masa lampau.

Saya harap, bila dah tua nanti, saya takkan tengok orang-orang yang umur 20-an ni dan cakap,

"menyesalnya aku tak jadi orang betul2 berguna masa muda dulu"

Thursday, May 12, 2011

My dad my hero.

Assalamualaikum.

Beliau sangat special di hati saya. Sebab tanpa beliau dan tanpa izin Allah, saya xd tercongok depan lappy makan chicken char kuew teow medan selera plus bubble tea watermelon lychee sambil ketuketak keyboard.

Ini cerita pasal ayah saya yang gagah perkasa.

Masa kecik-kecik dulu, ayah selalu pergi kerja luar negara, dan saya duduk kat terengganu dengan ibu, tu setakat memori yang saya ada lah.

Masa sekolah dulu, ayah jarang amik report card kat sekolah, pernah sekali je saya ingat ayah amik, tu pun tanya macam mana maths, macam mana science, ok dah. Kalau ibu, siap bocorkan rahsia saya lagi kat cikgu2. Malu je.

Masa form 1, pernah sekali ayah patut ambik saya kat sekolah. Masa tu sekolah petang. Saya tunggu lama gilaaaaa tak datang2 pun. Rupanya ayah pegi tunggu dekat sekolah rendah Au5. Sobs.

Tapi saya ingat lagi masa tu saya form 4. Weekend tu akan start cuti panjang, nak balik rumah. Tapi 2 hari before tarikh flight, ayah datang langkawi bagi printed paper pasal flight tu. Lepas tu dia drive balik rumah. Entah saya pun xpaham.

Sama jugak masa dekat kms pun. Saya nak sangat dslr, sehari sebelum Bayai project, ayah datang malam tu, hantar dslr. Ajar2 sikit depan gate tu, lepas tu dia balik.

Ohh ayah saya tak garang, tapi xtau kenapa kalau dia cakap sekali je, kitorang semua lintang pukang buat kerja.

Even ayah saya x cakap terang2, tapi kitorang tau dia sayang. Sebab dia shows. :)

Kenapa tajuk my dad my hero? Sebab nanti nak kawen saya nak bakal suami yang hebat mcam ayah saya jugak. hehehe okay lari topik. =.=' Taklah, sebab....

saya sayang ayah saya.

Saturday, May 7, 2011

Ibu dan ayah.

Assalammualaikum.

Entry kali ni, saya nak cerita pasal seorang manusia yang hebat, gagah perkasa, hot dan comey loteh. :D

Banyak sangat yang saya nak cerita. Banyak sangat sangat sampai tak tau nak start dari mana.

Dan saya dah tulis panjang lebar tetiba jadi cerita sedih pulak so taknak la post.

Ibu selalu cakap jangan jadi macam ibu ni haaaa, tapi kan, saya nak jadi macam ibu saya, seriously.

Tak boleh nak tulis pape la, sebab, perasaan sekarang ni memang tak dapat nak digambarkan dengan kata2. uiceh. Okay serius. Perkataan "ibu" tu pun terlalu besar untuk di describekan.

“Arti : Dari Abdillah bin Amr bin Ash Radhiyallahu ‘anhuma dikatakan bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Ridla Allah tergantung kpd keridlaan orang tua dan murka Allah tergantung kpd kemurkaan orang tua” [Hadits Riwayat Bukhari dalam Adabul Mufrad (2), Ibnu Hibban (2026-Mawarid-), Tirmidzi (1900), Hakim (4/151-152)]

HADIAH :)


I LOVE U IBU DAN AYAH. :)

Thursday, May 5, 2011

Duapuluhsatu dan...

Assalammualaikum. Hello hello! (*mcm lagu anak patung ketung ketangg, tengok tak?)

Dulu kan, masa kecik-kecik kan, ibu kata haa nanti dah 21 baru boleh free. Boleh pegang duit sendiri, boleh buat macam2 blah3. Memang sepatutnya umur 21 tu free la kan. Dulu rasa tak sabar nak umur 21, nanti boleh keluar jalan2, xpayah report hal ehwal semasa setiap masa kat ibu ayah, boleh keluarkan duit xde limit 200 sehari (belum tukar lagi kan limit tu? :p) boleh beli kereta boleh beli rumah! okayy ni masa kecik2 dulu.

Tapi sekarang, saya officially duapuluhsatu dan... saya x terasa nak free pun.

Bday tanpa family sangatlah menyedihkan. Takde chocolate indulgence, takde dominos pizza, takde sushi jj au2, takde meeyan nyanyi lagu happy birthday zoo. :(

3rd may dipenuhi dengan selection of posterior teeth dalam kelas prostho, stress substance jadah2 xconcentrate pape dalam kelas dental material, eyeball and ear 2jam stengah dalam kelas anatomy, nervous system dalam kelas physiology dan purine pyrimidine dalam kelas biochem. Dari pukul 8 pagi sampai 4 petang. Sobs.

Tapi pagi2 tu ibu texted, lagu birthday and wish semoga kahwin cepat. Hahaha nampak sangat anak ibu ni desperate nak kahwin. Lepas tu ayah texted. Lepas tu dapat poslaju dari Malaysia! :'D

Terima kasih ibu ayah angah dikna kakin abear meeyan. Loves!
Terima kasih kawang2 yang wish, shout birthday song dalam class, yang doakan, dan yang bagi hadiah. :)

p/s taun lepas ada orang lari from kms to klcc beli bag kotak nose taun ni dia xsampai india pula. haha berangan. akan ku tuntut seketoi burger nanti.

p/ss happy birthday to ikmal dan kappa juga. :)





Monday, May 2, 2011

Babai Block 3. :)

Assalammualaikum. Hai nama saya NurHidayah dan saya nak tanya ada ke orang yang tengah2 nazak nak mati lepas tu sempat pulak layan cerita korea?

Alhamdulillah saya hidup lagi sampai sekarang ni dannnnnnnn exam dah habis! :D Tapi exam je dah habis, project kena hantar Jumaat ni! aaaaaaahhhh. Worst, esok start block 4.

Oh time exam memang ialah saat2 yang kritikal yang patutnya membuatkan kita rasa dupdapdupdap sebab banyak sangat nak baca banyak sangat nak hafal dan banyak sangat nak hafal lagi. Mata memang mengadap buku je, lepas tu keep hafal hafal hafal. Lepas tu baca next topic pulak lepas tu rasa macam tak ingat pape je topic lepas.

Dan exam last tadi ialah DADH yang merupakan paper terpaling susah di alam semesta. so far.

Dan ketahuilah anda bahawa saya x pektis carving langsung semalam tapi alhamdulillah gigi tadi jadi la jugak gigi manusia, cuma root dia pelik sikit.

Sebenarnya.. haritu lepas exam biochem saya melagha pergi amik gambar koleksi gigi yang di carved block ni tapiiii baru perasan memory card takdak lepas tu carik2 cabel camera dia macam hilangggggg memory card pun hilang gak. So xleh la nak upload gambar gigi. Baru nak cerita sikit pasal carving ni.

Okay post merepek je ni sebab dah habis exam kan, lepas ni nak turun tgk basketball. Lepas tu nak balik tido sampai pagi dan esok, bangun dengan penuh semangat untuk pergi sekolah start block 4. Insyaallah panjang umur.