Monday, April 25, 2011

Exam hey.

Assalammualaikum, hai semua orang.

Semalam saya melagha je banyak, jadi harini kena fokus lebih sikit esok exam!

Selasa : Anatomy essay n mtf.
Khamis : Physiology essay n mtf.
Sabtu : Biochemistry essay, mtf, practical, viva.
Isnin : Dental Anatomy n Histology essay, mtf, spotters, carving.

Dengan rendah hati (?) saya mintak sapa2 je yang baca ni tolong doakan kitorang eh, :)

Dan untuk sesiapa yang xde benda nak buat, or bosan2 baca buku je, nahhh tengok vlogs kat youtube! Manusia2 ni kreatif n apa yang dorang cakap tu pun berguna. Nice videos. sila click!

2. Aimanazlan - dia ni classmate masa kat langkawi dulu.

Tengok la video mereka yang lain2 juga. :)


Wednesday, April 20, 2011

Makanan memberi tenaga dan..

Assalammualaikum. Hey!

Saya rasa paling bahagia bila ada makanan. Kalau balik bilik xbawak makanan, rasa serba tak kena. Macam bosanyaaaaaa bilik ni bosan bosan. Maka prax menjadi mangsa. Tak pun Cheff Inn tak pun spicy n ice takpun pergi BQ makan sorang sorang. Cool jugak.

Tapi tadi ada pakcik tu called, dia kata parcel dah sampai! yeaaaayyyyyyyy!

Berat kotak tersebut ialah lapanbelas kg. Pakcik tu tlg angkat depan guard sharada je. Sobs, berat gilo. Dah la bilik atas sekali. Baru level 1 dah semput.

Tapi alhamdulillah, ada akka cleaner yang selalu senyum tu dia tengah turun, lepas tu dia tnya "helping aa, helping?" Syukur! Mula mula ingatkan nak angkat sama2 tapi dia suruh letak atas kepala dia je. Wahhhhhhhh makcik tu seriously angkat kotak 18kg tu atas kepala sampai tingkat atas sekali hebatnya makcik saya kagum lah!

And dia xpernah pergi gym pun! (kot lah) Tapi sungguh bertenaga dan berstamina tinggi rasa macam nak bagi je separuh makanan ni kat dia tapi dia nak balik cepat tadi. Wa respek ah makcik! (Untuk pengetahuan semua makcik ni yang slalu cuci bilik saya dan dia pernah puji bag saya cantik dan dia selalu cakap thankyou beratus kali xpaham kenapa). Thanks ye akka. :)

Ohh ibu kata dia main angkut je semua makanan tu yang dapat sampai 5 botol sos dan macam2 lagi termasuk biskut-biskut teddybear. hahaha comel kan ibu saya. Thankyouuuu ibu n ayah!

Ibu kata share la makanan tu dengan kawan2 jadi sapa-sapa nak jangan segan2 k. Kalau korang baca blog ni la. :D

Akhir kata. lemak.

Sunday, April 17, 2011

Liqa' Mahabah (satu ke dua 'b'?)

Assalammualaikum. Haiiiiiiiiii *mood mengantuk*

Sila ambik tahu bahawa hari Isnin (dlm masa 46 jam) kami akan ber block exam practical physiology, jadi peliiissssss doakan saya tak buat aksi tahhapehape lagi macam haritu =.=' Cepatnya kan dah nak block exam lagi. Lepas tu block 4 lepas tu University exam lepas tu insyaallah balik makan ikan patin masak kuning! :D

Sila ambik tahu juga bahawa saya sangat sayang ibu dan ayah dan adik adik yang seramai 5 orang tapi macam limapuluhratus orang tu.

Maka atas sebab itu lah saya nak share cerita sikit pasal Liqa' Mahabah ni.

Basically benda ni ialah satu perjumpaan yang berteraskan kasih sayang yang dibuat untuk sambut junior mereka. Maka saya tak terlibat. Kak dj??? no wayyyyyyy.

OK. Sebenarnya kan, saya nak cerita thoughts masa ontheway jalan balik gelap2 pergi auto (tuktuk) station lepas liqa ni.

Pertama : Semua orang balik naik motor. Jelesnya! Tak payah jalan kaki malam2 buta.

Kedua : Nak kawen boleh tak? Senang nak pergi mana2. Kalau kena balik malam2 pun ada orang teman, ambik hantar depan hostel. Kalau nak pergi endpoint pun best sikit, makan pun best sikit, shopping lagi lah best banyaaaakk. Takda la sorang sorang je.

Terpanjang pulak note kedua tu .

Maka ini untuk IBU. Ibu nak kasi kita beli motor ke nak kasi kita kawen? Pilih pilih. HAHAHAHAHA main main je xmo kena cop anak durhaka. Okay.

Haritu ibu siap suggest lagi basikal apa yang bagus. Sobs. Xd harapan la macam ni.

sebagai penutup. Saya sayang ibu saya :p


Wednesday, April 13, 2011

Lagi satu!

Assalammualaikum.

Hai! Sejak tengok trailer dia lama dulu, saya dah terlupa pasal cerita ni sampaila MGs kat kelas semua bising2 betapa suweeeeeett nya cerita ni. Based on true story of everyone? Yes!

Friday, April 8, 2011

Parenthood


Assalammualaikum.

Ini ialah satu-satunya drama series omputeh yang saya tengok. Sila lah tengok jugak kalau ada masa :)

Tuesday, April 5, 2011

Selasa dah.

Assalammualaikum. Alo.

Disebabkan saya busy tido je, jadi post kali ni macam biasala, campur-campur semua.

[x] Takziah buat Tia, be strong, girl. Insyaallah ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman. You know what to do kan. :)

[x] Salam hari lahir untuk Cikgu Hasmah. :)

[x] Hari Sabtu lepas, masa jumpa dentist, saya tanya beliau kenapa gigi saya tak on the same plane, yakni lateral incisor belah kiri obvious sangat tinggi. Lepas tu dia kata, "kan gigi tu memang lagi pendek dari central incisor n canine, hang pi balik bukak buku dental anatomy!" =.="

[x] Dentist saya tu memang suka tibai bahasa gigi mentang2 lah patient dia study gigi jugak. Tapi dia lupa kot, saya baru first yearrrr.

[x] Tiap-tiap hari invade facebook orang. :p

[x] Subject physiology macam..... mathematics.

[x] Junior mbbs dah sampai, tapi xngaku junior. hehe.

[x] End point every Saturday. Nak beli beskal!

[x] So far dah boleh lompat duaratuskali.

[x] hmm rasa macam banyak nak cakap tadi, tapi sekarang blank pula.

Nanti update lagi.