Friday, December 30, 2011

Selamat Hari Jumaat!

Assalammualaikum~

Setelah sekian lama nak log in blog ni, akhirnya dapat juaaa. Kalau letak siput sebelah internet speed ni nescaya siput lagi laju.

Nak upload gambar atas permintaan manusia2 hebat di Malaysia dan US sana, tapiii cable bb hilang lah. nak kena pinjam orang punya dulu. Banyak benda nak cakap ni.

[x] Tahniah to my sistahh Nur Arina a.k.a Kak In a.k.a Tok Ing! Nak hadiah sila mintak cepat, tapi haruslah dalam range harga yang bakal diberitahu kemudian. Love yah!

[x] Berita Harian dah keluar cerita pasal Ombak Rindu cetak rompak kat utube. Belum tgk lagi, plis lah jgn block. Btw novel Ombak Rindu ni saya baca masa lower form dulu, zaman2 gila novel melayu. 7,8 tahun dulu. Hahaha kecik2 dah baca cerita kaweng2! Haishhh

[x] Prostho saya dah start susun gigi untuk 3rd denture, alhamdulillah rasa easier than previous ones. Tapi sekarang terpaksa bawak balik segala harta benda prostho, duduk depan stove kat dapur, buat prostho.

memang betullah orang2 dulu kata perempuan tak payah belajar tinggi2, nanti duduk dapur jugak. Now belajar tinggi2 pun kena belajar kat dapur jugak =.="

[x] Conservative dentistry practical - dah habis buat cavity, seronok guna mesin greng grennngg. now tengah buat filling pulak. Penat mengadap benda2 cenonet ni. Tak tau la mcm mana nak kerja nanti, kena tunduk je ngadap mulut orang.

[x] Saya dalam penjimatan terhebat. Harap maklum.

terasa loser pulak, setiap kali update, xde pun benda best, balik2 practicals, and... tu je la.

[x] Last. Sangat susah sebenarnya nak susun gigi. 0.5 mm difference, or 10 degree angulation silap, dah jadi lain terus. Baru susun. Belum suruh buat gigi tu lagi. Subhanallah.

"Maka nikmat Allah yang manakah yang kamu dustakan?"




Sunday, December 11, 2011

Lagenda Tahun Ini


Assalammualaikum.

Hari ini adalah hari ahad. Niat nakpergi bersenam tapi x mampu. Penat sangat. Lagenda.

Lagenda ni macam festival orang2 Malaysia di Manipal, students dari Mangalore, Bangalore dan sebagainya datang sini, orang jual2 makanan Malaysia mcm kuih muih, roti jala, blah3, ada orang buat persembahan Puteri Gunung Ledang blah3.

Dan saya buat cucur udang nasi impit kuah kacang pasemboqq. Jadi. :)

Alhamdulillah! Bukan buat sorang la, resepi housemet, manusia first-time-kopek-udang macam saya ni duk tolong2 mana yang patut je lah.

Alhamdulillah kitorang dapat untung walaupun x banyak. Tak sampai sejam jual, dah habis dah semua benda. Kelam kabut! sebab orang dah start membeli, kitorang baru terhegeh2 nak set up kedai. Haha. Baru letak, dah ada orang nak beli. Mereka semua ni macam xpenah nampak cucoq.

Tapi sebenarnya sedih sikit sebab banyak lagi raw materials x sempat masak, sebab x cukup masa. Ada sekilo lagi kacang, cili kering, udang, tepung, dan telur rebus seploh bijik lagi lupa nak bawak. Kelas DM dan Prostho habis pukul 1pm, balik tu terus kelam kabut masak2 semua. Tak rehat langsung. Dengan kuali besar xde, dengan gas ada seketoi je (sebab satu lagi guna untuk masak caramel pudding) sampai kena angkut periuk nasi masuk bilik, masak dalam bilik.

Dan sampai2 gerai, geng sebelah menginvade meja kami taktau la kenapa rasanya dah bayar half-half.

Paling terkilan. Seketoi gambar pun x sempat ambik! Sangatlah sobs.

Tapi, pengalaman menjual sangat menyeronokkan. Kitorang siap bagi free gift lagi. Tak sangka orang memang nak makan betul2 malam tu. Kupon saya x habis pun. Beli air secawan, hotdog. Lepas tu duduk kat barisan paling depan stage tu tgk persembahan dengan speaker gedegungedegang kuat gilos. Loner. Hurm.

Penjual-penjual pasemboq.

p/s Sebenarnya baru tau pasembor tu apa. Serius.

oh. Kalau free, baca la post ni : Iman Orang Buta.





Saturday, December 3, 2011

random pictures




Assalammualaikum.

Here and there. Block exam dah habis, nampak gaya mcm result teruk. Takpe, belajar je lah lagi kan?

Practical prostho dah semakin strict, dah ada jadual due date untuk setiap kerja, kene habiskan 4th denture sebelum habis block 2 ni. Ayat sedas - "Your speed is pathetic!" I know. Saya janji akan cuba kerja lebih laju lebih tepat dan lebih kemas lagi. Tapi tangan ni mcm... nak makan pun sakit. Asik kena wax panas cucuk sana cucuk sini je.

My first denture making. :)

Practical coservative. Mengkorek caries dalam gigi yang kitorang kutip masa balik Malaysia dulu. Busuuuukk dan hitam dan berlubang sana sini. Tapi
kena korek habis-habisan sampai putih bersih suci berseri dan kalau dah putih pun, tapi still boleh korek menggunakan tenaga popeye.


decayed posteriors and intact anteriors. sakit woo nak korek benda nih!


hasil kerja carving gigi masa first year

phantom head lab! excited!

vespa pinjam. ohh x perkenalkan lagi scooter kat sini kan? lupa nak amik gambar...


ibu : first time buat lasagna dan menjadi! dah boleh lawan ibu :p

p/s tak sabar nak february.

Sunday, October 23, 2011

Kasut baruku yang koyak.

Assalammualaikum... !

Jadinya harini adalah hari ahad. Hari berbreakfast omputeh campur teh tarik kalau kat rumah. Rasa nak buat mayo scrambled-cacamerba-egg pagi tadi, tapi ibu pesan x boleh makan telur. Kena pantang. Housmet pesan kena pantang makan, nanti luka tinggal parut, turun harga. =.="

Oh well. Luka luka bengkak lebam ni adalah hasil daripada kejatuhan dari motor hari rabu lepas. Niat nak beli sayur dekat depan cheff inn tu x kesampaian bila ada seketoi kereta warna merah tetiba potong lalu berhenti , sangat dekat.

Lalu nak jadikan cerita, sempat tarik brek (both sides) tapi sebab dah dekat sangat, saya pun terlanggar kereta tersebut lalu KEDEBABOM - jatuh terseret. Masa jatuh tu cepat2 tendang motor sebab takut tersangkut kat mana2, bunyik motor tu sangat dahsyat. Kesian motorkuu. xsempat bergambar bersama lagiiii. Haih!

Driver tu merupakan lelaki muda (dipercayai student MIT yg xdak lesen). Dia keluar dengan muka serba salah dan tanya are u okay. memang kena marah terus lah. ada ke patut pegi berenti tetiba macam tuh???!! baghang ke hapa lu??

Tetiba Kak Effa lalu and stop, masa tunjuk kat Kak Effa luka kat tgn tu, baru perasan tangan menggigil. Tetiba rasa pening. Last2 x dengar dah apa orang bising2, saya terus duduk atas tanah, kang jadi scene pengsan2 pula. Kak Effa ckp maybe kurang haemoglobin, jadi shock. (memang pun, sbb masa nak donate blood haritu xlepas. sobs.)

Orang tu offer pegi private clinic, dan bersihkan luka semua, dapat tetanus shot yang toturing sampai now, dan dapat coklat sebagai tanda maaf daripada makhluk tersebut.

HOI nasib baik ko boleh tahan hengsem n kawan kau ni baik hati bawak bag sampai rumah ada ke patut lepas kasi orang eksiden bagi cekelat je kau ingat aku ni budak kecikkk?? Anyway thanks la brader.

And semalam dah pegi xray semua, alhamdulillah no fracture or tear or pape je la, cikgu ni ha yang semangat sangat suruh jugak pegi xray. Siap kena marah lagi sebab x pegi awal2. Wuuu.

Ibu kata, ni satu pengalaman. Bila fikir balik, eksiden ni totally bukan salah aku, logically. Sebab memang org tu yang stop tetiba kan. Tapi dalam ramai2 manusia kenapa aku yg terpilih. (please jgn cakap sebab aku baru je blaja naik beskal lepas tu bawak motor). Mungkin sebab ada salah silap yang aku x terfikir about. Ada hikmahnya kan.

Bila xde ibu xde ayah kat sini, semua benda kena buat sendiri. Thanks kawang2 n kakak2 yang banyak tolong. Yang teman pegi clinic, yang amikkan motor, yang bagi placebo ;) dan yang tanya2 khabar. Alhamdulillah.

Oh dan saya masih sedih sebab kasut baru je beli kat sogo masa cuti haritu dah koyak - eksiden punya pasal. Serius sedih.


Wednesday, October 12, 2011

Masak?

Assalammualaikum.

dah janji nak amik gambar kan? tapi malas pulak nak snap2 sebab gambar lama tu masa belum hias bilik lagi. La ni sampai potret ngn tudung saji kat ruang tamu dah jatuh dah, xsempat amik gambar lagi.

Hari ni stress conserve practical. Entoh. kadang2 rasa betul ke ni boleh jadi dentist? tangan kayu semacam, semua practical rasa susah. memang xde darah seni yang mengalir dalam tubuh saya, cikgu.

Nasib baik x jadi penyanyi kalau tak boleh lingkup nih. Karoke lagu Phill Collins kat dapur pun Farah dah rejek. Sobs.

Oh cakap pasal dapur, kita dengan bahagianya nak bagitau ibu ayah yang anak mereka sudah boleh memasak! banyak belajar tips masakan from housemet. Contohnya mcm mana nak bagi nasi impit tu betul2 terhimpit, xlerai jadi nasi. Or nak ganti kan daun limau purut so xyah kecoh2 kat twitter nak mintak serai n daun bagai. hee.

And dah buat belacan yang ibu bagi tuu! belacan x pedaaass! :D

And dalam banyak2 manusia kat manipal, saya rasa housemet saya masak terpaling sedap sekali. dan rilek je tanpa sebarang kekecohan. aku jek yg duk kecoh kat sini. Nak eksyen kat ibu jeeee. dah boleh buat tomyam kari sotong goreng masak merah black pepper cheese macaroni bombay toast dan macam2 lah. Hari2 kitorang masak. :)

Okay gtg. Mak garang dah panggil makan. Hoho.

Chill okay. :)

Tuesday, October 4, 2011

Back in Manipal

Assalammualaikum ppl :)

Hallooooo lama x update blog. Banyak nak cerita. Baru 3 minggu kat sini, macam2 dah jadi. Walaupun semua benda yg jadi tu cliche je kan, macam extra class on past 2 Saturdays, tension2 susun gigi nak buat gigi palsu kelas prostho, kelam kabut main plaster dalam lab dental material, homeworks pathology, microbiology, pharmacology, korek2 gigi untuk dental conservative dan sebagainya. Bosan kan?

Tapii ada jugak cerita best. Kami dah duduk rumah baruuuu :D dah cat bilik baruuu kaler hijauuuu. :D

First sabtu lepas, dah buat house warming untuk kawang2, kitorang masak soto. Called ibu nak tanya mcm mana nak buat begedil, tapi xdapat last2 called ayah. Tapi xkan nak tanya ayah mcm mana nak buat begedil kan? hehe alhamdulillah mereka siap mintak recipe, maksudnya sedap la kan.

Seee sapa kata ibu x pandai masak?? (ibu selalu ckp xreti masak. okay jek)

Okay, wireless xde lagi ni, kene cucuk macam zaman tuk kaduk. Menyesal pegi jual modem kat junior.

And mara ni macam lupa je nak bagi duit. Patut mintak elaun dental instruments kat mara. Kalau duk Msia boleh pokai nih.

p/s all the best to my sistah Kak In untuk PMR exam!
pp/s awok kena tabah okay. prayers to your mom.

gambar coming soon.

Sunday, September 4, 2011

Rayaaa



Assalammualaikum.

Jadi harini baru nak update blog, kunun2 busy semedang lah kan. Busy makan tido tengok tv.

Hope its not too late, Selamat Hari Raya! First thing first, saya nak mohon maaf atas segala silap salah sengaja or not, for being sombong-dengan-orang or selfish, rasanya susah nak repair that part of me - yang susah nak mesra2 dengan orang. Amfun maaf ye semua.. :)

Jadi tahun ni first time (lepas berbelas2 tahun) balik kampung Kemamang, terengganu! Selalunya kitorg balik on 2nd raya, tapi kali ni ayah decided untuk balik 2 hari sebelum raya, then on 1st raya balik KL balik. Jadi dapat la tengok sedara mara yg setahun tak sekali jumpa.

Semua orang dah besar2. Rayyan pun dah besar, makin becok potpetpotpet doplohpat jam. And jumpa baby Iffat! Putih melepak mata sepet macam anak cina.


Muhammad Azfar Rayyan Nur Imran Mak Andak n Muhammad Iffat Taqhif.

Habis la korang besar nanti susah nak isi borang.....

Baru perasan my own gambar semua x elok. blurrrr je semua. Nampaknya gua xde gambar raya lah. Aiyo.





Tuesday, August 9, 2011

Rumah :)

Assalammualaikum anda anda sekalian.

Hello Malaysia!

Yep, saya disini, dalam bilik, curik lappy ibu, sebab lappy sendiri x boleh on dah kena mandi dengan iced tea (actually xmandi pun, terkena sikit je tu pun nak rosak. menyampah!) Kacau daun je nak layan movie. Meeyan pun dok menyeamak dalam bilik sebab nak guna computer. 24 jam. Takde privacy langsung balik rumah.

Tapi ni yang aku nak sejak setahun yang lalu kan? :)

Rasa seronoookkkkk sangat balik rumah. Ibu ayah meeyan jemput kat epot, ayah drive 145km/hr, tengok jalan banyak kereta, bangunan tinggi-tinggi, rasa...... HOME. :D

Tapi part yang x best ialah, saya baru je buat implant cucuk skru kat tulang and gulung2 4 lapis wire kat maxillary arch. Oh well, kepala berdenyut2 sepanjang pulang. Sampai sesema, rasa nak demam........ Siyes, perasaan yang sgt x best. Dah la mengidam nak makan macam2 xdapat makan. Mucosa dah koyak rabak dah sekarang. Syukur angah pakai braces jugak, paw wax dia sikit. All thanks to kawang2 yg supply pain killer, pisang (wpun xleh makan), ubat sesema dan paracetamol.

Okayy, post ni cliche je.

p/s - right timing i guess. Peluang hebat2kan ramadhan. Alhamdulillah :)

Thursday, June 30, 2011

The Final Countdown

Assalammualaikum.

Entry ni ada lagu background the final countdown by scorpions. (in your head)

Hurm. Alhamdulillah, block 4 dah pun habis semalam, dengan sadis dan tragisnya. Paper DADH mmg x pernah kesian la, dari dulu sampai la ni, susah semedang. Tak kurang juga paper2 lain. Ujian Allah nak kasi, time exam tu demam sesema lak kan. Smbil duk telan ubat, duk minum kopi. Pagi2 pergi exam pening je.

Okay dah siap exam. Now ada lagi 19, 18 hari je nak final exam - unis. Unis ni wajib lepas, at least lepas la k. Kena usaha lebih sikit. Time2 dah xde kelas ni kan, kena sumbat banyak2 disiplin dalam diri. Sebab sampai lah harini, saya x bukak lagi buku untuk unis. Cuak je lebih. Hailaaa

Oh cakap pasal harini, saya sepatutnya pergi mangalore, shopping2 sikit makan sizzler ranch. Tp pagi td tetiba je dapat message kena dtg dentist, pukul 9. Lama jugak la bertapa kat situ. Bukak wire, ambik second impression (dah x gagging!), pasang heavier wire, n kalini dia guna getah untuk lekat, bukan besi, tapi kaler putih. Then amik xray. Tengok kepala sendiri tadi rasa mcm, apesal kecik tengkorak ni, kat dissection hall tu besar jek. Kan? Dan lepas tu buat cleaning..

Balik tadi tido je. Bangun2 bukak laptop. Nak makan pun malas. Planned nak pergi SP police, lepas tu shopping kat Udupi, tapi TERtido. Hurm bosannya xtau nak buat apa.............

*ketepeng!* pelangkung diri sendiri. Harus lah saya membukak buku kann.

p/s MAHU TENGOK TRANSFORMERS! argh.

Friday, June 24, 2011

Assalammualaikum.

Suka lagu niii :) Dedicated to everyone :)


p/s xtau kenapa bila embed vid, dia tepotong.

Sunday, June 19, 2011

Hari ni hari ayah.

Assalammualaikum.

A video instead.


Loves. :)

Sunday, June 12, 2011

We will not go down :_(

Assalammualaikum.

Semalam usrah sampai pukul 11 malam, sambil layan spaghetti and tomyam kak aini masak plus video2 menarik. Salah satunya ialah We Will Not Go Down. Lepas tu kak aini share sikit, dia cakap

"Apa yang jadi dekat Palestin sekarang mcm rahmat buat mereka dan bala buat kita"

Seram sejuk sekejap. Bala oiii...

So saya nak share sikit apa yg kakak usrah saya cakap tu, tp disebabkan saya punya bahasa tunggang langgang, jadi saya buat sikit2 je la, sorry kalau x dapat relate. Ni mcm copy paste je dari usrah, xreti nak komen.

Rasulullah s.a.w pernah cakap yang tempoh masa daripada kerasulan sampai lah kiamat ada 5 fasa :
1. Zaman Rasulullah s.a.w hidup - kita dah lepas.
2. Zaman Khulafa Ar-Rashidin - dah lepas jugak
3. Zaman title khalifah tu di pass kan melalui keturunan - pun dah lepas kan.
4. Zaman Dajjal muncul - ......
5. Zaman Islam bangkit kembali - sempat ke kita??

Jadi kita kat sini lah, zaman kemunculan dajjal dan dajjal ni nak berkuasa. Rasanya xpayah la cerita siapa dajjal ni kan, ada pendapat kata dajjal ni 'wujud' mungkin dia mcm manusia and all wallahu'alam. Tapi obvious kan dengan isu freemason, illuminati, artis-artis, piramid, mata satu, Palestin, Israel, banyak sangat 'persediaan' yang mereka buat untuk dajjal ni memerintah.

Satu tempat je dajjal xboleh masuk iaitu Tanah Haram. Tapi masa tu org yang duduk kat situ pun, kalau lemah iman dan aqidah, akan keluar jugak ikut dajjal ni. So kita patut berlindung kat Allah..

Tapi Allah kan cakap satu hari nanti Islam akan bangkit kan. Memang sah-sah Islam akan berkuasa balik tapi bila, Allah je yang tahu. So ni la peluang kita, sama ada nak join bangkitkan Islam tu semula ataupun nak tengok je dan jadi orang yang menerima kegemilangan Islam. Tapi sempat kahh?? Sempat ke kita nak terima kegemilangan Islam tu? so baik kita join jadi orang yang melahirkan generasi yang akan bangkitkan Islam. Dapat jugak saham kat akhirat nanti kan.

Allah xpernah jadikan sesuatu tu dengan sia-sia. Kenapa Palestin diseksa mcm tu sekali? Kenapa Allah pilih Palestin yang kena perang?

Sebab Allah tau Palestin ni mampu. Bayangkan Malaysia kena mcm tu. wuuuu awal2 lagi dah angkat bendera putih.

Walaupun orang2 Palestin ni terseksa, tapi dorg dapat peluang mati syahid, dapat peluang bersabar, peluang mcm2 lagi la. Kita??

Allah jadikan perang ni macam balasan untuk umat Islam sekarang. Tengok la saudara2 kita kena seksa macam tu. Lagi lama kita nak bangkit, lagi lama dorang terseksa, lagi ramai orang mati, lagi banyak manusia yang datang kat kita bila akhirat nanti, tanya

"Mana kamu masa kami terseksa dulu??!"

Sedangkan kat dunia ni pun dorang dah dtg tanya mana negara2 Islam lain, nama Malaysia pun kena sebut, dan kita x boleh jawab. Depan Allah nanti, kalau kena tanya macam tu, straight masuk neraka nauzubillah!

Okay saya cuaks.

Diriwayatkan dari Tqausan r.a Rasulullah SAW bersabda:

“...akan terjadi, bersatunya bangsa-bangsa didunia menyerbu kalian seperti sekelompok orang menyerbu makanan...”. Salah seorang sahabat bertanya: “...apakah karena jumlah kami dimasa itu sedikit...”. Rasulullah menjawab : “...jumlah kalian banyak tapi seperti buih dilautan. Allah mencabut rasa takut dari dada musuh-musuh kalian dan Allah menanamkan penyakit ‘wahan’ dalam hati kalian...” Lalu ada yang bertanya lagi :“...apakah penyakit ‘wahan’ itu ya rasulullah???” Beliau bersabda : “... Cinta kepada dunia dan takut mati!!!”.

Atleast apa yang kita boleh buat sekarang ialah, doa. Doa kan senjata mukmin. Jadi kena la jadi orang mukmin.

Sekian copy paste usrah semalam, wallahu'alam.




A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/m/michael_heart/we_will_not_go_down.html ]
Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight


Wednesday, June 8, 2011

Siti Mashitah Shamsul Anuar



Assalammualaikum.

okay, konon2 nak buat post tacing2 sikit sebab manusia tersebut jiwangs karatsss orangnya tapi penat ah xleh nak pikir secara tacing. :p

Happy 21st birthday to youuuuu mwahhxx mwahhxxxx!


Kantoi sepah weh. Tgk tarikh!



loves! <3

May Allah bless you dan selamat menjadi WANITA solehah. :)

p/s sila membesar okayy dah doplohsatu dah cik kak oi.

Tuesday, June 7, 2011

Monsoon


Assalammualaikum. Hai!

Saja, nak wish happy monsoon season. Haha. Hujan sampai september, berenti jap, then hujan balik dari november sampai disember. Sekarang sejuk manjang, sedap je tido. Tadi carik but, tapi orang tu kata mana ada orang pakai but, orang pakai selipar je la.

Tapi bayang kan la, lopak2 air kat india ni penuh dengan hasil kumbahan lembu kambing kucing anjing dan manusia. Juga ludahan. Geliiiiiiii. :(



kepada my botak, dont u ever think of giving up. Tak baik untuk kesihatan.

Tuesday, May 31, 2011

Menyesal gilos.

Assalammualaikum.

Pernah tak rasa rugi sebab tak asah bakat betul2 masa kecik-kecik dulu? Tak kisah la pape pun. Dulu masa kecik-kecik kan kita suka mewarna, tekan-tekan piano, main bola, mandi kolam, main masak-masak, main origami, main jadi orang besar siap ada nama palsu lagi etc.

Tapi bila dah besar, haprak pun takde. Saya la ni.

Time orang lain semua boleh main musical instrument, main sports, pandai melukis, pandai swimming hebat2, blahblahblah.. diri sendiri?? Nganga je la dengar orang cerita pasal pengalaman dapat hadiah best2. Or jumpa kawan baru masa kelab ni, ni, ni.... Or pengalaman masa main sport sekian sekian paling best dalam hidup.

Paling sedih, "Sekarang dah besar, busy study je. Nanti dah kerja busy kerja je. Nanti dah kahwin, busy jaga rumah jaga anak je"

Bila tengok budak-budak kecik kan, rasa macam nak patah balik masa lalu lepas tu belajar semua benda, masuk semua pertandingan, join semua clubs, try semua games. Serius. Kenapa lah aku tak buat semua ni kecik-kecik dulu. Sekarang semua orang dah hebat, MALU nak join sekaki.

Tapi bak kata Imam Ghazali, benda yang paling jauh ialah masa lampau.

Saya harap, bila dah tua nanti, saya takkan tengok orang-orang yang umur 20-an ni dan cakap,

"menyesalnya aku tak jadi orang betul2 berguna masa muda dulu"

Thursday, May 12, 2011

My dad my hero.

Assalamualaikum.

Beliau sangat special di hati saya. Sebab tanpa beliau dan tanpa izin Allah, saya xd tercongok depan lappy makan chicken char kuew teow medan selera plus bubble tea watermelon lychee sambil ketuketak keyboard.

Ini cerita pasal ayah saya yang gagah perkasa.

Masa kecik-kecik dulu, ayah selalu pergi kerja luar negara, dan saya duduk kat terengganu dengan ibu, tu setakat memori yang saya ada lah.

Masa sekolah dulu, ayah jarang amik report card kat sekolah, pernah sekali je saya ingat ayah amik, tu pun tanya macam mana maths, macam mana science, ok dah. Kalau ibu, siap bocorkan rahsia saya lagi kat cikgu2. Malu je.

Masa form 1, pernah sekali ayah patut ambik saya kat sekolah. Masa tu sekolah petang. Saya tunggu lama gilaaaaa tak datang2 pun. Rupanya ayah pegi tunggu dekat sekolah rendah Au5. Sobs.

Tapi saya ingat lagi masa tu saya form 4. Weekend tu akan start cuti panjang, nak balik rumah. Tapi 2 hari before tarikh flight, ayah datang langkawi bagi printed paper pasal flight tu. Lepas tu dia drive balik rumah. Entah saya pun xpaham.

Sama jugak masa dekat kms pun. Saya nak sangat dslr, sehari sebelum Bayai project, ayah datang malam tu, hantar dslr. Ajar2 sikit depan gate tu, lepas tu dia balik.

Ohh ayah saya tak garang, tapi xtau kenapa kalau dia cakap sekali je, kitorang semua lintang pukang buat kerja.

Even ayah saya x cakap terang2, tapi kitorang tau dia sayang. Sebab dia shows. :)

Kenapa tajuk my dad my hero? Sebab nanti nak kawen saya nak bakal suami yang hebat mcam ayah saya jugak. hehehe okay lari topik. =.=' Taklah, sebab....

saya sayang ayah saya.

Saturday, May 7, 2011

Ibu dan ayah.

Assalammualaikum.

Entry kali ni, saya nak cerita pasal seorang manusia yang hebat, gagah perkasa, hot dan comey loteh. :D

Banyak sangat yang saya nak cerita. Banyak sangat sangat sampai tak tau nak start dari mana.

Dan saya dah tulis panjang lebar tetiba jadi cerita sedih pulak so taknak la post.

Ibu selalu cakap jangan jadi macam ibu ni haaaa, tapi kan, saya nak jadi macam ibu saya, seriously.

Tak boleh nak tulis pape la, sebab, perasaan sekarang ni memang tak dapat nak digambarkan dengan kata2. uiceh. Okay serius. Perkataan "ibu" tu pun terlalu besar untuk di describekan.

“Arti : Dari Abdillah bin Amr bin Ash Radhiyallahu ‘anhuma dikatakan bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Ridla Allah tergantung kpd keridlaan orang tua dan murka Allah tergantung kpd kemurkaan orang tua” [Hadits Riwayat Bukhari dalam Adabul Mufrad (2), Ibnu Hibban (2026-Mawarid-), Tirmidzi (1900), Hakim (4/151-152)]

HADIAH :)


I LOVE U IBU DAN AYAH. :)

Thursday, May 5, 2011

Duapuluhsatu dan...

Assalammualaikum. Hello hello! (*mcm lagu anak patung ketung ketangg, tengok tak?)

Dulu kan, masa kecik-kecik kan, ibu kata haa nanti dah 21 baru boleh free. Boleh pegang duit sendiri, boleh buat macam2 blah3. Memang sepatutnya umur 21 tu free la kan. Dulu rasa tak sabar nak umur 21, nanti boleh keluar jalan2, xpayah report hal ehwal semasa setiap masa kat ibu ayah, boleh keluarkan duit xde limit 200 sehari (belum tukar lagi kan limit tu? :p) boleh beli kereta boleh beli rumah! okayy ni masa kecik2 dulu.

Tapi sekarang, saya officially duapuluhsatu dan... saya x terasa nak free pun.

Bday tanpa family sangatlah menyedihkan. Takde chocolate indulgence, takde dominos pizza, takde sushi jj au2, takde meeyan nyanyi lagu happy birthday zoo. :(

3rd may dipenuhi dengan selection of posterior teeth dalam kelas prostho, stress substance jadah2 xconcentrate pape dalam kelas dental material, eyeball and ear 2jam stengah dalam kelas anatomy, nervous system dalam kelas physiology dan purine pyrimidine dalam kelas biochem. Dari pukul 8 pagi sampai 4 petang. Sobs.

Tapi pagi2 tu ibu texted, lagu birthday and wish semoga kahwin cepat. Hahaha nampak sangat anak ibu ni desperate nak kahwin. Lepas tu ayah texted. Lepas tu dapat poslaju dari Malaysia! :'D

Terima kasih ibu ayah angah dikna kakin abear meeyan. Loves!
Terima kasih kawang2 yang wish, shout birthday song dalam class, yang doakan, dan yang bagi hadiah. :)

p/s taun lepas ada orang lari from kms to klcc beli bag kotak nose taun ni dia xsampai india pula. haha berangan. akan ku tuntut seketoi burger nanti.

p/ss happy birthday to ikmal dan kappa juga. :)





Monday, May 2, 2011

Babai Block 3. :)

Assalammualaikum. Hai nama saya NurHidayah dan saya nak tanya ada ke orang yang tengah2 nazak nak mati lepas tu sempat pulak layan cerita korea?

Alhamdulillah saya hidup lagi sampai sekarang ni dannnnnnnn exam dah habis! :D Tapi exam je dah habis, project kena hantar Jumaat ni! aaaaaaahhhh. Worst, esok start block 4.

Oh time exam memang ialah saat2 yang kritikal yang patutnya membuatkan kita rasa dupdapdupdap sebab banyak sangat nak baca banyak sangat nak hafal dan banyak sangat nak hafal lagi. Mata memang mengadap buku je, lepas tu keep hafal hafal hafal. Lepas tu baca next topic pulak lepas tu rasa macam tak ingat pape je topic lepas.

Dan exam last tadi ialah DADH yang merupakan paper terpaling susah di alam semesta. so far.

Dan ketahuilah anda bahawa saya x pektis carving langsung semalam tapi alhamdulillah gigi tadi jadi la jugak gigi manusia, cuma root dia pelik sikit.

Sebenarnya.. haritu lepas exam biochem saya melagha pergi amik gambar koleksi gigi yang di carved block ni tapiiii baru perasan memory card takdak lepas tu carik2 cabel camera dia macam hilangggggg memory card pun hilang gak. So xleh la nak upload gambar gigi. Baru nak cerita sikit pasal carving ni.

Okay post merepek je ni sebab dah habis exam kan, lepas ni nak turun tgk basketball. Lepas tu nak balik tido sampai pagi dan esok, bangun dengan penuh semangat untuk pergi sekolah start block 4. Insyaallah panjang umur.


Monday, April 25, 2011

Exam hey.

Assalammualaikum, hai semua orang.

Semalam saya melagha je banyak, jadi harini kena fokus lebih sikit esok exam!

Selasa : Anatomy essay n mtf.
Khamis : Physiology essay n mtf.
Sabtu : Biochemistry essay, mtf, practical, viva.
Isnin : Dental Anatomy n Histology essay, mtf, spotters, carving.

Dengan rendah hati (?) saya mintak sapa2 je yang baca ni tolong doakan kitorang eh, :)

Dan untuk sesiapa yang xde benda nak buat, or bosan2 baca buku je, nahhh tengok vlogs kat youtube! Manusia2 ni kreatif n apa yang dorang cakap tu pun berguna. Nice videos. sila click!

2. Aimanazlan - dia ni classmate masa kat langkawi dulu.

Tengok la video mereka yang lain2 juga. :)


Wednesday, April 20, 2011

Makanan memberi tenaga dan..

Assalammualaikum. Hey!

Saya rasa paling bahagia bila ada makanan. Kalau balik bilik xbawak makanan, rasa serba tak kena. Macam bosanyaaaaaa bilik ni bosan bosan. Maka prax menjadi mangsa. Tak pun Cheff Inn tak pun spicy n ice takpun pergi BQ makan sorang sorang. Cool jugak.

Tapi tadi ada pakcik tu called, dia kata parcel dah sampai! yeaaaayyyyyyyy!

Berat kotak tersebut ialah lapanbelas kg. Pakcik tu tlg angkat depan guard sharada je. Sobs, berat gilo. Dah la bilik atas sekali. Baru level 1 dah semput.

Tapi alhamdulillah, ada akka cleaner yang selalu senyum tu dia tengah turun, lepas tu dia tnya "helping aa, helping?" Syukur! Mula mula ingatkan nak angkat sama2 tapi dia suruh letak atas kepala dia je. Wahhhhhhhh makcik tu seriously angkat kotak 18kg tu atas kepala sampai tingkat atas sekali hebatnya makcik saya kagum lah!

And dia xpernah pergi gym pun! (kot lah) Tapi sungguh bertenaga dan berstamina tinggi rasa macam nak bagi je separuh makanan ni kat dia tapi dia nak balik cepat tadi. Wa respek ah makcik! (Untuk pengetahuan semua makcik ni yang slalu cuci bilik saya dan dia pernah puji bag saya cantik dan dia selalu cakap thankyou beratus kali xpaham kenapa). Thanks ye akka. :)

Ohh ibu kata dia main angkut je semua makanan tu yang dapat sampai 5 botol sos dan macam2 lagi termasuk biskut-biskut teddybear. hahaha comel kan ibu saya. Thankyouuuu ibu n ayah!

Ibu kata share la makanan tu dengan kawan2 jadi sapa-sapa nak jangan segan2 k. Kalau korang baca blog ni la. :D

Akhir kata. lemak.

Sunday, April 17, 2011

Liqa' Mahabah (satu ke dua 'b'?)

Assalammualaikum. Haiiiiiiiiii *mood mengantuk*

Sila ambik tahu bahawa hari Isnin (dlm masa 46 jam) kami akan ber block exam practical physiology, jadi peliiissssss doakan saya tak buat aksi tahhapehape lagi macam haritu =.=' Cepatnya kan dah nak block exam lagi. Lepas tu block 4 lepas tu University exam lepas tu insyaallah balik makan ikan patin masak kuning! :D

Sila ambik tahu juga bahawa saya sangat sayang ibu dan ayah dan adik adik yang seramai 5 orang tapi macam limapuluhratus orang tu.

Maka atas sebab itu lah saya nak share cerita sikit pasal Liqa' Mahabah ni.

Basically benda ni ialah satu perjumpaan yang berteraskan kasih sayang yang dibuat untuk sambut junior mereka. Maka saya tak terlibat. Kak dj??? no wayyyyyyy.

OK. Sebenarnya kan, saya nak cerita thoughts masa ontheway jalan balik gelap2 pergi auto (tuktuk) station lepas liqa ni.

Pertama : Semua orang balik naik motor. Jelesnya! Tak payah jalan kaki malam2 buta.

Kedua : Nak kawen boleh tak? Senang nak pergi mana2. Kalau kena balik malam2 pun ada orang teman, ambik hantar depan hostel. Kalau nak pergi endpoint pun best sikit, makan pun best sikit, shopping lagi lah best banyaaaakk. Takda la sorang sorang je.

Terpanjang pulak note kedua tu .

Maka ini untuk IBU. Ibu nak kasi kita beli motor ke nak kasi kita kawen? Pilih pilih. HAHAHAHAHA main main je xmo kena cop anak durhaka. Okay.

Haritu ibu siap suggest lagi basikal apa yang bagus. Sobs. Xd harapan la macam ni.

sebagai penutup. Saya sayang ibu saya :p


Wednesday, April 13, 2011

Lagi satu!

Assalammualaikum.

Hai! Sejak tengok trailer dia lama dulu, saya dah terlupa pasal cerita ni sampaila MGs kat kelas semua bising2 betapa suweeeeeett nya cerita ni. Based on true story of everyone? Yes!

Friday, April 8, 2011

Parenthood


Assalammualaikum.

Ini ialah satu-satunya drama series omputeh yang saya tengok. Sila lah tengok jugak kalau ada masa :)

Tuesday, April 5, 2011

Selasa dah.

Assalammualaikum. Alo.

Disebabkan saya busy tido je, jadi post kali ni macam biasala, campur-campur semua.

[x] Takziah buat Tia, be strong, girl. Insyaallah ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman. You know what to do kan. :)

[x] Salam hari lahir untuk Cikgu Hasmah. :)

[x] Hari Sabtu lepas, masa jumpa dentist, saya tanya beliau kenapa gigi saya tak on the same plane, yakni lateral incisor belah kiri obvious sangat tinggi. Lepas tu dia kata, "kan gigi tu memang lagi pendek dari central incisor n canine, hang pi balik bukak buku dental anatomy!" =.="

[x] Dentist saya tu memang suka tibai bahasa gigi mentang2 lah patient dia study gigi jugak. Tapi dia lupa kot, saya baru first yearrrr.

[x] Tiap-tiap hari invade facebook orang. :p

[x] Subject physiology macam..... mathematics.

[x] Junior mbbs dah sampai, tapi xngaku junior. hehe.

[x] End point every Saturday. Nak beli beskal!

[x] So far dah boleh lompat duaratuskali.

[x] hmm rasa macam banyak nak cakap tadi, tapi sekarang blank pula.

Nanti update lagi.

Tuesday, March 29, 2011

facebook ku.

Sudah tak betul :( siapa punya kerja niiiii

Sunday, March 27, 2011

DDDDDDDDDDDDDD

Assalammualaikum!

Harini, 27/3 ialah hari lahir seorang manusia yang sangat comel dari kecik2 sampai lah dah besar, mung dah 21 tau dakk! Dia penah cakap kalau nak ingat tukar2 temperature dari Celcius-Kelvin, ingat la birthday dia.

Ok. A vely2 best wishes from me Nur Diyana Azlan, may Allah bless you always. :)

Nah kek beday taun lepas. :p



Sila jaga diri dan menjadi riang gembira sepanjang masa! Semoga jadi "wanita" yang solehah, ameen. love yah! :D

Saturday, March 26, 2011

Noob lagi.

Ehem. Assalammualaikum dan hai. *tenang tenang*

Erm merujuk kepada entry saya bertarikh semalam yang wujud kat bawah ni. Serius rakan rakan, saya ingatkan Grenade itu adalah seketoi manusia yang lain daripada Bruno Mars yang nyanyi lagu2 sedap rupa-rupanya beliau ialah seketoi tajuk laguuu waddaaaa...?????!!

*tenang* Ehem.

Mungkin betullah, saya patut buat entry pasal lagu-lagu Mcr Avenged Linkin Park Creed Nirvana Greenday sahaja. Huduh betul ingat Grenade tu orang.

Noob

Assalammualaikum. Yo (?) people.

Tak tau lah kenapa kan, tiba-tiba rajin pulak nak mengorek youtube malam ni, and teringin nak tahu siapa Tyler Ward and Alex G yang nyanyi acoustic version of Born This Way that originally nyanyi by Lady Gaga. Dan saya rasa acoustic version wayyyyy sedap dilayan.

Dan minggu lepas punya lepas (tak ingat bila) ada download satu lagu nama dia Just The Way You Are-Glee. And tadi baru terasa nak dengar lagu slow2 sikit kan, so layan la kejap sambil lukis histology cenonet-cenonet. Rasa sedap lah pulak lagu ni. Bila bagi tau pakcikS, dia reply apa tau ; "Eewww"

Thanks la bro, gua layan Avenged lu kata bising, gua layan Glee lu kata eeww.

Lupakan dia. Lagu Just The Way You Are macam so sweeeeeetttt, suka! (macam mana nak buat emoticon love struck kat sini ha?)

Ohh tadi baru tau mamat Grenade yang nyanyi lagu ni actually, hal ehwal mamat ni pun baru je tau through Miyn ngan Ping. Tapi nak cakap ni, Tyler Ward punya video lagu Just the blah3 memang best! Dan lagu-lagu dia yang lain pun best jugak, pegi la tengok dekat youtube. :D

I know, Grenade ni maybe dah hidup berkurun kurun lamanya tapi nak buat macam mana, dah memang tak layan style dia, nampak obvious noob tahap moksya la kan. Honestly, nak explain betapa noob nya saya ni, i dont even know how to pronounce "noob".

How eh?


________________________________________________________________

Gosh. just realized that the one who sang Just the blah3 ialah Bruno Mars, bukan mamat Grenade! I think i'm the jiran of katak dibawah tempurung. TOOOOO BAADDDD. I wanted to edit my post earlier, but i found it so funny and stupid so i just add the correction here. And when i watched AnwarHadi's vlog on AnaRafali yang menang Juara Lagu, I was like, siapa AnaRafali??? Siries xpernah dengar. Dem. Kena study lebih ni.

Sini :


Wednesday, March 23, 2011

SPM

To Dikna.

Assalammualaikum weyh. Well, congrats for your spm result, sendiri ingat la your level sekarang ni. People cant help you much now, its u to determine your future. Reflect yourself, think about others especially ibu and ayah. Imagine if the situation is reversed (as in the result is supergood), where would you stand now. Joy, money, scholarship and good course afterwards. But remember that results are only certificates that make your life easier now, but not certainly successful later. You still have a long journey to go and a lot to learn. The biggest mistake is not learning from your mistakes. And the key is willing to learn, willing to work hard and most importantly, doa. All the best for you sister.

Monday, March 14, 2011

Maktab

Assalamualaikum, hai!

Harini birthday mrsm langkawi, jadi president kitorang dulu2 cadangkan semua makhluk batch 8 ataupun nama kami, Infineight untuk tukar jadi logo batch yang saya tak ingat dah siapa buat. Walaupun saya x berapa nak sayang maktab tu atas sebab-sebab peribadi dan memang taknak masuk campur hal mereka tapi saya tukar jugak last-last tu bila nampak Siti Mashitah Shamsul Anuar pun dah tukar profile picture.

Kalau saya tak pergi sekolah jauh2 tu, saya x kan kenal seorang manusia yang sudi bacakan buku sejarah sebelah katil malam-malam buta masa saya demam teruk sehari sebelum semester exam.

Dan akibat bergaul dengan manusia inilah, saya terjebak dengan caffeine. :P

Mungkin jugak saya xkan tau fakta ni, "kalau nak basuh dua ketoi baju je xpayah guna satu penutup sabun dynamo". Jenuh nak bilas.

Miss you!

p/s - Tom kata kempen ni insyaallah berjalan selama sebulan. Tak tau la tahan ke tak.

Friday, March 11, 2011

internet

Assalammualaikum.

[x] Pelik dengan sesetengah manusia. Mungkin sebab dia tak buat satu benda yang jahat, dia rasa dia baik kot? Orang kata apa, cakap lebat.

[x] Hari ni shopping lagi 5 ketoi saree! Tried to find pink for my girlfriend and bff, tapi satu je jumpa. And again, daripada 5 saree tu, saya punya satu. :p

[x] Kenapa xboleh send message kat ibu?

[x] Nanti nak jadi pengkaji gigi lepas tu letak theories yang complicated pasal macam mana gigi tumbuh dalam Orbans lepas tu tulis kat bawah "malangnya, theory ini xboleh dipraktikkan, harap maaf."

[x] Jatuh chenta dengan Hwang Tae Kyung. Dah tengok cerita ni sekali masa kat KMS, now tengok lagi!

[x] Downloaded all songs from A.N.Jell! :D

[x] Kadang2 bila dengar orang cakap pasal orang lain, saya rasa beliau ni jeles kot.

[x] Tadi nak bagi makan kat kucing, tapi mungkin sebab letak jauh sangat kot, dia xmakan pun.

[x] Teringat dulu pernah nak bagi ayam kat kucing DS, tp takut nak pergi dekat lepas tu tercampak ayam masuk longkang. =.=!

[x] Mungkin awak patut tutup mulut dan dengar apa cikgu cakap, please.

[x] Dah dapat internet connection kat bilik sendiri! :D Ibu lah pembagi semangat. hehe.

[x] Nak balik Malaysia cepat!


Wednesday, March 9, 2011

Yo.

Assalamualaikum. Hai. (!)

Terasa bosan baca pterygopalatine ganglion walaupun esok ada presentation kat dissection hall. Last class asek kena attack je dengan J sbb termenung tengok kepala mayat sambil mata berair akibat menguap yang melampau. Tak larat nak buat muka ingin tahu. Esok kena double coffee lah macam ni.

Kaki dah makin elok dah alhamdulillah lepas ni boleh sambung "training". Semalam call ibu, tanya pasal nak post2 barang, rasa rugi x mintak tolong sapa2 yang balik Malaysia haritu, sebab segan. Menyesal pulak segan segan. Ahah. Then nak post kain-kain ke Malaysia, boleh buat baju raya! Tahun ni mcm tema merah la, sebab semua kain yang beli sepanjang trip dengan kat udupi semua base merah. Lepas tu semua nampak cantik. Taknak bagi orang boleh tak??

Sekarang ni kan, rasa macam x boleh focus dah dalam kelas. Mesti rasa nak balik Malaysia, lepas tu fikir nak bagi hadiah apa kat orang, nak beli kain untuk siapa, nak makan steamboat, ikan patin masak tempoyak, nasik lemak ibu, spaghetti, sambal udang xpedas, blah3.. then plan nak pegi tempah baju punjab and baju kurung kat sini, nak bawak balik barang barang mcm mana sebab now pun barang dah penuh satu bag, dan fikir nak makan apa lepas kelas nanti (soalan wajib). Perlukan rawatan segera!

Hmm, tu je la kot.

p/s Vlog by Aiman Azlan hebat. Macam nak buat jugak tapi macam ... ahah no way.

Sunday, March 6, 2011

2.31 am


The fact that i'm currently staying in india without having internet connection in my own room, here i am, sitting outside, atas tangga, tengah-tengah malam buta, with LOTS of NYAMUK. Scratching my feet and trying to deal with the very poor connection. Dem.

Why am i doing this again?


Wednesday, February 23, 2011

Akhirnya!


Assalamualaikum. Hai.... !

Akhirnya cita cita nak hias dinding bilik tercapai jugak, sejak langkawi duk berangan je nak hias bilik, sampai la kat kms, smpai lah dah 6 bulan dekat manipal. Akhirnya. Tapi 6 bulan je lagi nak duduk sini, harap2 dapat pindah rumah luar lah kan tahun depan sadis je duduk asrama. Okay ni je yang duk hias dari semalam. Tadaaaaa !


Loves. :)

Tuesday, February 22, 2011

Cuti India

Assalamualaikum. Hai!

Okay, macam malas lagi nak tulis pengalaman super best pusing pusing satu India ni. Nak cerita sikit sikit je boleh kan.

Habis exam haritu, semua pergi shopping beli macam macam untuk travel. Biasalah perempuan, semua benda nak risau. Lepas tu packing baju sampai tak muat bag, berat sangat sangat tapi last2 banyak baju x pakai pun... Sebab baju boleh beli masa jalan2 tu, dobi pun ada kat setiap hotel. Lepas tu semua gambar pun pakai sweater and pashmina. Tapi kitorg tukar baju okay harap maklum.

Ni tempat yang kitorang pergi.

[x] Goa - Pantai. Naik boat.
[x] Mumbai atau Bombay. - Bandar yang penuh dengan bangunan bersejarah British. Cantik! Naik boat.
[x] Ahmedabad - Transit je, makan2 lepas tu naik bus.
[x] Udaipur - City palace, naik boat lagi, tengok puppet show, garden untuk puteri raja.
[x] Jaipur - Transit. Tapi pakcik auto bawak pergi Pink City, Golden City, shopping banyak sementara tunggu train to Agra pukul 2 pagi. hoho
[x] Agra - Taj Mahal :) Agra Fort (istana datuk Shah Jehan), Fatehpur Sikri.
[x] Varanasi - Sungai Gangga. Tengok upacara puja2.
[x] Lucknow - Masa ni demam. Ingat pergi zoo je.
[x] New Delhi - Shopping!
[x] Kalka - Transit. Naik toy train comel tapi lembab gila.
[x] Shimla - Ada shopping, tp x larat lah, sejuk sangat. Angin kuat dekat sini.
[x] Manali - Lawat tempat apetah. Himalaya :) and skiing.
[x] New Delhi - Kantoi dengan mamat hotel tu sebab x duduk hotel dia again. Mana lah tau hotel korang satu row je! Sini, shopping lagi! :D
[x] Bangalore - Movies (Gnomeo and Juliet + 127 Hours) Shopping complexes. KFC, McD.
[x] Mangalore - Tak larat jalan. Balik terus Manipal.

Sampai sampai bilik, ada orang lain dalam tu. Manusia nya xd la, barang je. Malam tu baru dia ada and dia macam okay je. I hope she is. Borak borak sikit dah, lupa pulak nak tanya nama.

Ohh India ada banyak sejarah menarik. Macam atuk Shah Jehan ni ada 3 wives, sorang Hindu, sorang Muslim, sorang Kristian. So istana2 wives dia ni memang unik, cantik and based on lain2 cultures. Lepas tu ada bangunan untuk Haram Women (gundik) bape puluh ratus tah tak ingat.

Kalau nak shopping dekat sini, kena pandai bargain. And kalau nak bargain, mintak terus setengah harga and lower. Lepas tu kalau dia tak nak bagi, blah je. Sebab nanti dia akan panggil balik bagi harga yang kita nak. Muahahahah. Ada jugak yang gaduh smpai tinggal sepuluh rupee, dia tak nak jual jugak. Contohnya macam harga kain ni 200, kita nak 100. Dia reduce price sampai 110 rupee, lepas tu tak nak mengalah. Sila jangan beli.

Tapi sedih kasut yang beli kat Udaipur hilang.. dengan kain hijau cantik yang beli dekat Muslim Town tu siries cantik sebab dia buat guna tangan sendiri mahai pulak tu kalau sapa2 jumpa bagi tau pleaseeeeee... sadis! :(

Okay lah, nanti sambung cerita lagi. Banyak kerja sekolah ni sebenarnya. Bila nak start?

Thursday, February 3, 2011

3 : 134

Assalamualaikum. Hai!

Ehem ehem, dengan ini diumumkan bahawa saya dah habis exam! :D Sooo papers semua macam biasalah, ibu kata kalau rasa susah maksudnya x baca, kalau senang maksudnya tu bukan exam. Dan selain stress untuk membaca buku, saya mengalami ketensian dalam bilik.

Sejak tahu perkataan sabar sampailah dah doploh satu ni, saya percaya yang kesabaran ada batasnya. Tu yang orang-orang selalu cakap. Saya percaya benda tu, dan saya rasa kesabaran mengadap manusia sorang ni memang dah smpai limit dah, 6 bulan beb.

Tapi haritu kakak usrah saya yang cantik tu cakap, kesabaran tak ada limit okay. Kenapa? Sebab Allah x membebankan sesuatu yang hambaNya x dapat tanggung. Jadi semua yang berlaku, sepatutnya memang kita mampu tanggung. Lepas tu kitorg belajar pasal 3:134

Who spend [in the cause of Allah ] during ease and hardship and who restrain anger and who pardon the people - and Allah loves the doers of good;


Dan.. kitorang belajar jugak hadith 14 kot yang ada pasal menahan marah sesungguhnya syurga bagimu. Kakak usrah kata, jangan simpan marah tapi telan. TELAN.

Bab telan ni yang susah kan.

Esoknya, saya dapat seketoi peluang untuk bersabar. Pastu blah3,,, malas nak cerita... today dah pindah bilik baru! :D Alhamdulillah, doakan saya selamat duduk situ. Dupdapdupdap jugak sebenarnya. Sebab sorang sorang kan. Xpelah.

Esok nak jumpa Shah Rukh Kang! :D


Thursday, January 27, 2011

Pagi tadi anatomy...

..... dan malam tadi saya tido dengan nyenyak nya. Bangun bangun rasa segar semacam lepas tu tengok phone. Mati! Xada bateri. Terus kelam kabut bangun, tengok plug, off.

Ya Allah. Rasa macam nak maki hamun je.

Malam tadi before tido dah elok-elok tarik extension, switched on plug, cucuk phone, set alarm sampai seploh bijik. Nak bangun pagiiii xhabis baca lagi.

rasa nak marah sangat sampai mcm nak baling je kuali yang x basuh2 tu kat dia tapi dia xd sbb malam semalam dia keluar tido mana tah tinggal saya sorang2 dalam bilik dengan pintu x kunci. kalau apa apa jadi macam mana @$%^&&^$#&&(^%%$$###%^&%@^&*%^&(#@ huh!

Oh lupa bagi salam.

Assalamualaikum. :) And alhamdulillah exam anat tadi boleh laaaa tapi MTF susaaahhhh :(

Monday, January 24, 2011

Hey.


Assalamualaikum. Hai!

Soooooo anatomy spotters was over, and physio viva done. Next, block exam! Lepas tu jalan jalan India dengan makcik-makcik. :D Cepatlah cuti!!

Sejak dua menjak ni, saya rasa stress sungguh, belum start real exam pun lagi tp banyak sangat tests semua. Jadi saya pun start la buang tabiat. Pergi download lagu-lagu Ramli Sarip, Jayjay, Hattan, Shima, dan manusia2 lain yang saya kurang kenal. Tapi mcm mana boleh search kalau tak kenal kan? Tu maksudnya darah melayu dalam jiwa raga ni kuat lagi, boleh termimpi mimpi lepas tu bangun tido je dapat ilham nak carik boleh nyanyi melalak sebab dia x ada dalam bilik weekend okay mepek. Search la, dunia dihujung jari kan.

Dengar lagu Kita Insan Biasa, Perjalanan Hidup. Dan TooPhat. mcm ni ke eja?

Ohhh semalam masa tensi tensi baca physiology yang tadi dia tanya x sampai seploh minit dengan penuh senyuman fuhh alhamdulillah x downgrade tu, saya masak potato chips! :D

Bahan-bahan :
[x] Seketoi kentang
[x] Masala powder
[x] Curry powder
[x] Garam
[x] Pisau berteknologi tinggi.
[x] Tepung sikit.

Actually tak tau pun nak masuk apa, main campak je segala serbuk yang ada dalam kotak tu.



Dan ada berita disaster. Dia xjadi pindah. :(


Saturday, January 15, 2011

steamboat!

Assalamualaikum. Hai!

Lepas buat drama dekat library tadi, saya dengan ini mengumumkan blog ni akan di private kan kepada sesiapa yang berminat sahaja. KOT. tulis pun malas nak private buat apa kan? hoho.

Tadi kelas ppd, saya rasa wishes saya yang paling baik hati sekali tapi cikgu tak nak baca.

Semalam semalam masa lepas dissection, saya nampak lecturer yang dissect tu pegi tolong mak dia jual roti dekat kedai.

Saya x boleh focus masa cikgu "Kareena Kapoor" tengah ajar periodontal ligament gara gara tertengok cerita We Are Family haritu.

Mood saya cingcongcingcong campur stress minggu depan exam banyak sangat dengan minggu depan lagi satu.

Orthodontist -doctor yang merepair2 gigi saya umur dia baru 23 dan dia masih duduk dekat asrama macam kitorg ni.

Harini firstime makan subway sorang2 habiskan tp belum habis lagi.

Tak sabar nak cuti! Nak lupakan segala-galanya. uiceh.

Okay, tu je harini.

ohh saya mengidam steamboat lah pula. :(

Monday, January 10, 2011

Januari sampai Februari.

Assalamualaikum.

Hai!

Dah seploh haribulan satu. Seminggu lagi block exam dah nak start! Lepas tu macam tiap tiap tiap tiap tiap hariiiii ada test selang seli practicals, viva, dan theory block.

Lepas ni kelas prostho yang disaster.

Esok test Dental Materials yang selalu tertido dalam kelas sebab ... .

Help me please.

Saturday, January 1, 2011

Kahwin ( kita sudah dewasa )

Assalammualaikum. Hai.

January 1st, cepat nya masa berjalan jalan. Cepat sangat! 2011 ni banyak benda best akan berlaku, insyaallah. Saya akan pergi jalan jalan India, habis first year BDS dan balik malaysia. Itupun kalau sempat lah kan.

Dan.. satu topic hot yang semua orang pun cerita cerita setiap hari, KAHWIN. Saya pun xtau la kenapa orang cerita pasal kahwin tapi mungkin jugak sebab.... kita sudah dewasa. Doploh satu dah weyy.

Kalau dekat kelas, dengan makcik makcik geraham, setiap masa cerita carik calon, calon, calon. Lepas tu kahwin bila.

Tadi program Peace of Palestine, start dengan forum Baitul Muslim.

Usrah pun terkeluar pasal kahwin.

Seseorang pernah cakap bila saya kata dekat dia saya nak kawen, dia cakap repair yourself dulu. Tapi macam mana. Itu menjadi kemusykilan sampai sekarang. Hurmmm. ?

Jadi saya telah mendonlod banyak lagu nasyid hahaha okay saya serius. Pasal wanita islam hebat.Dan saya nak jadi macam Rabiatul Adawiyah. Tapi rasa nya kena delete lagu mcr dulu kot.

Saya memerlukan orang2 hebat juga.

Dan kekuatan.

Kena jadi baik nanti baru boleh masuk meminang orang. hehe

Tah pape je post tahun baru.

Later! :D