Wednesday, February 6, 2013

Ibu :D

Assalammualaikum.

Puhh puhh lama dah tak update sini kan. Harini jenguk jugak sebab harini hari special.

Harini 6/2/2013 ialah besday manusia yang paling boleh nak menggedik with, mintak tolong macam2, cerita pasal problem remeh temeh, tanpa rasa segan or bersalah. Comfortable. Happy. Rasa ada orang sayang. Rasa macam budak kecik lagi. Hehe.

Selamat hari jadi yang ke 53 bu!

53 dah? Orang lain 53 dah dapat cucu. eh. :p



رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin. 



Friday, November 16, 2012

Kuning Oreng.

Assalammualaikum!

Sempena dental building kita warna oren kuning, jadi blog pun nak kasi sikit orenggg. Nak biasakan mata tengok benda2 warna kuning oren. Lagi pun nak kena tengok banyak gigi kan. eh.

Sebenarnya saja nak post gambar-gambar lama je. Lets jom!


 The precious chair of 08 and awesome partner. Kami dah dapat patient masing2 dah, untuk examination je la tapi, belum buat treatment lagi. Ketaq jugak la.






 DHE room. Tempat nak cerita pasal cara2 jaga gigi, lidah, lelangit(ni baru discovered apa tu hard palate dalam bahasa malaysia tadi), bahagian dalam pipi, bawah lidah dan gusi. Haritu try explain dalam bahasa malaysia, susah jugak sebenarnya. Walaupun sah2 la aku ni darah melayu, tapi bila nak translate "rinse vigorously" "bristle frays" pun tatauu. Belum translate dental terms yang memang tak pernah dengar malay version nya lagi. Aduyai.



Ni ha yang masa Hari Gigi se-Melaka tu. :D


 Patient kecik yang sangat otai. Dah la debob je, siap silang kaki alas kepala pulak tu atas dental chair. Tanya la apa2 soalan pun, dia angkat bahu. Nama siapa? *Angkat bahu*

 "Pesakit" pertama Zulaykha nama dia. Baik sangat. Main2 dental chair naik atas turun bawah pun dia takde respon. Suruh kumur, sampai habis satu cawan air dia kumur. Bila bagi belon yang kitorang buat daripada sarung tangan, baru lah senyum. Penat kakak ni buat muka baik. heu.



Masa budak2 ni datang, diorang berlari masuk klinik. Lepas tu nyanyi nursery rhymes. Comel sangat! Ada yang sangat hyperactive, menjerit2, tapi ada jugak yang menangis je, duduk sebelah cikgu...


Kami.. err saja promot Digi. 


Okey, tu je dulu kot. Banyak gambar yang cilok daripada orang. Nanti update cerita pulak.

p/s PRAY FOR GAZA. :( The least we can do. Because we are too weak.


Monday, November 5, 2012

Minggu 6

Assalammualaikum

Eceh macam orang pregnant pulak buat update mingguan.

Saja, rasanya this week banyak benda baru yang jadi, so nak cerita sini. :)

Isnin  : Started new posting, kali ni in Oral Medicine and Radiology + Community Dentistry. Tapi sedih sebab Community nanti time cuti Deepavali so jadi pendek. Tak ingat lah hari Isnin buat apa. Adeh.

Selasa  : Kelas macam biasa pagi tu. Ada first test sejak jejak kaki kat Melaka ni( Oral Pathology), susah gilos weeeiiii *nangeh* First two questions macam.... err. Petang tu sambung posting O.Medicine, and kena hafal balik cranial nerves + branches + supply dalam masa 10 menit. Lepas 10 menit hafal2, pergi balik kat cikgu, lupa. Harus makan kismis tok guru lah gini.

Rabu : Pagi kelas macam biasaaaa. Ada lab prostho, sambung buat denture base untuk buat gigi palsu. Tapi sebab terlebih semangat, pergi potong tangan sendiri dengan besi panas fresh from bunsen burner. :(

Petang tu kena pergi Hari Gigi ajuran Persatuan Gigi Melaka (hentam je la nama ni tak ingat persatuan apa) ada macam booth-booth untuk bagi kesedaran kat penduduk Melaka pasal kebersihan mulut. Booth kitorang, ada Rumah Plak, tetamu boleh guna pewarna, then tengok gigi masing2 bawah lampu special - maka nampak lah semua plaque2 kat gigi. Ramai budak2 lah yang enjoy sebab kitorang umpan diorang cakap "adik nak tengok magic tak?" hehe. Lepas dah tunjuk segala kekotoran dalam gigi, kami bagi short class pasal tooth brushing technique -  cara2 nak gosok gigi dengan betul.

Masa ni jadi mangsa sebab kawan2 Chinese Indian semua tak reti cakap Melayu fasih. Macam2 jenis manusia boleh jumpa, ada yang kata kadang2 dia malas nak gosok gigi pagi2 so dia ambik ubat gigi, sapu, kumur. Pomboley! Paling comel ada budak ni umur 4 tahun, bila tanya dia pakai berus gigi yang mana, dia jawab "Spiderman!" hihi

Khamis : Pagi Khamis memang paling takbest dalam seminggu. Sebab kena pergi hospital. Tapi kat hospital ni la baru tau ramai lagi orang yang tak bernasib sebaik kita. Bila clerk history, ada yang dah sakit bertahun2, ada yang sakit tenat tapi kerja penoreh getah, anak ramai, wife tak kerja - mana nak cekau duit tu. Ada jugak pemandu lori tapi sehari habiskan rm36 untuk rokok. Ha, kan aku dah bukak ceramah kat hospital tu.

Petang Khamis  -  Dapat first patient! Walaupun untuk cek2 gitu je dan partner yang jadi operator, (kita jadi assistant je) tapi excited lah jugak. :D



Jumaat - Pagi macam biasa, kelas. Petang ada doctor hengseng datang buat seminar pasal latest materials in dentistry. Dia kata patient dia datang dua kali seminggu sebab sensitivity, haha kalau akupundatanghariharisatuharisatugigisensitive.

Sabtu - Ibu ayah meeyan kak in datang :D

Dan the rest of the week i became invisible. Mungkin effect hujan buatkan jalan sorang2 jadi lagi sedih. Nak kereta. 

Esok dah start minggu baru, semoga jadi better ameen. :)

Saturday, October 27, 2012

Usrah

Assalammualaikum

Personally lagi suka guna term usrah daripada "bulatan gembira", taktau kenapa.

Okay, penggunaan term apa pun tak patut la jadi issue, sekarang nak share pengalaman usrah.

Diperkenalkan dengan sistem usrah ni sejak zaman sekolah menengah lagi, masa dekat langkawi dulu. Tapi masa tu usrah ramai2, masa kaum lelaki semua pergi solat jumaat. Masa tu sungguh "jahiliyah". Orang tengah cakap2 kat depan, kita duk cakap2 kat belakang. Kalau dengar pun, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Lepas tu, sistem usrah ni sambung kat KMS pulak. Masa ni usrah kecil-kecilan, dapat kakak usrah (senior yang lebih berilmu dan beramal) dan start aktiviti macam makan sama-sama, baca Quran sama2, tengok video and bercerita bagai. Tapi, masa tu mungkin tak "matured" lagi, rasa macam usrah ni just satu rutin yang semua orang wajib pergi. Tu je.

Lepas tu, sambung lagi usrah kat India. Rasanya, ni kot detik permulaan - mula menghargai apa itu usrah. Bukan nak kata usrah sebelum ni tak berkualiti atau tak best atau tak betul, tapi kali ni mungkin dah matang, jauh daripada family, dan orang2 dah tak cakap ini haram itu haram.

Serius, masa zaman sekolah, banyak sangat dengar ini haram itu haram tapi tang mengumpat tak haram lah pulak. 

Kat India, start belajar nak tanda Quran. Belajar direct daripada ayat Quran, rasa lain daripada duk dengar orang ceramah pasal hukum hakam kan. Selain daripada usrah dengan senior, ada join ISK(ini sejarah kita) yang sebenarnya sangat best - tapi tak habis sebab ... err takpelah. And ada satu-perkataan-ni-tapi-tak-ingat - kira macam usrah makan2 tido2 dengan makcik-makcik geraham.

Betullah nak belajar, banyak jalan, mana-mana cara pun boleh selagi tak salah. Lagi banyak lagi bagus. Tapi usrah special sebab kita ada macam... bonding. Kita boleh share. Kita boleh tanya. Selalu berat rasa nak pergi (sekarang pun), tapi lepas balik dari usrah, takde rasa menyesal. So far. Alhamdulillah. Lagipun pergi usrah selalu dapat makan freeee. Hehe.

Lagi satu, selain kawan2 kelompok usrah, ramai je member2 yang banyak share videos and tweets pasal hal2 menaik-taraf kan diri. Tak ke untung gitu. :D

Kalau free, tengok la video ni. Student Malaysia kat China buat. Tomato 2.0. Klik! 

Walaupun bukanlah daripada golongan usrah sejati, tapi sangat bersyukur sebab ditakdirkan untuk jumpa dengan orang-orang macam ni.

p/s maksud bukan golongan usrah sejati ialah, belum ada ciri2 mereka lagi. Insyaallah one day. Doakan :)

Tuesday, October 9, 2012

Tahun tiga.

Assalammualaikum!

Taip jugak entry baru demi sorang minah yang rindu kiteeee tapi taknak ngaku. Bising je suruh update blog. Hihi.

Sebenarnya, banyak sangat cerita baru nak cerita, tapi tah la. Macam biasa, lepas taip punya taip, delete all. Dan ada banyak sangat gambar duk kelik sini kelik sana tapi tak share dengan sesiapa pun.

Well, alhamdulillah dah selamat masuk phase II of BDS Melaka Manipal Medical College, maksudnya sekarang ni study kat Melaka untuk 3 tahun akan datang, tak lebih, insyaallah. So far dah 2 minggu lebih ni, tempat ni not bad la, baru start 3rd year, jadi tak busy sangat.

Pasal study, kitorang dapat satu dental chair kena share 2 orang. Partner untuk setahun ni ialah Christine so dia lah patient, dia lah specimen, dia lah dentist. :D Seronok main2 dengan dental chair, boleh naik boleh turun boleh kedepan boleh kebelakang boleh baring tido jap sambil2. Dan sekarang dah start posting dalam Conservative Dentistry - yang orang drill gigi lepas tu tampal balik tu.

Jadinya, ni subjects yang belajar -
-Oral Pathology
-Oral Medicine
-Oral Surgery
-General Medicine
-General Surgery
-Oral Radiology
-Pedodontics
-Endodontics
-Prosthodontics - ni belajar dari 1st year, final exam masa 5th year nanti.
-Community Dentistry
-Orthodontics
-Conservative
-Periodontology and Oral implantology.

Tapi yang exam untuk 3rd year ni ada Oral patho dan general medicine dan general surgery. General2 ni macam bosan sebab takde kena mengena dengan dentistry, lepas tu kena pergi hospital, round2 wards, carik case, soal2 patients. Macam takbest kan jadi doctor?

Pasal college ni, bilik hostel haruslah best sebab dah bayar mahal. Airconditioned, attached toilet. Luar ada segala jenis courts, ada gym yang penuh sentiasa kecuali maghrib, ada swimming pool yang open air dan campur, ada sauna dan sebagainya. Tapi kalau tengok dari luar, Marena kat Manipal dulu macam lagi best kot.

Pasal makanan. Sadis. Ada la few kedai makan yang walking distance, and ada minimart and cafe kat bawah hostel tapi weekend tak bukak. ada gazebo tapi bukak petang smpai 9 malam je, ada kedai depan dental clinic tapi entah la, tak selera. Hari sekolah ada la sikit. Kalau takde kereta, duduk terperap makan biskut je la. Teksi cekik darah.

Hoho kata taktau nak cerita apa tapi tetiba banyak lah pulak kan. Meh nak kenal kan sorang bakal dentist yang superhebat.

ini Christine, my partner, my victim.


p/s Sila lah datang ke Klinik Pergigian MMMC Melaka untuk mendapatkan rawatan dengan harga yang tersangat berpatutan - sign up and ask for treatment under my name, at Polyclinic A 3rd floor Bay 1 Chair no. 08 :)

pp/s Kalau buat dengan student, harga RM5 je. Ada yang free of charge woo.

Wednesday, August 22, 2012

Raya 2012

Assalammualaikum :)

Dah raya ke 4 dah harini. Tak terlambat lagi kot nak wish, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. :D

Tahun ni raya ala kadar, macam 21 tahun lepas2 jugak. Biasanya rumah ni tengah hari first raya semua dah salin jeans and t shirt dah. Tahun ni takde baju raya jugak, pakai baju kelas je. Tapi still baru la sebab belum pernah pakai depan family.

Still, alhamdulillah dapat rasa Syawal lagi tahun ni while ramai lagi Muslims out there yang mungkin nak makan sesuap pun tak mampu. Sama ada takde duit, or tak sihat, or tengah perang, kita ni juta2 lemon lagi bertuah daripada mereka. Sihat mulut sihat perut boleh makan lagi segala macam makanan raya. Still dapat duit raya, still ada family depan mata. So, ni je gambar raya. Gambar sendiri takdop pulok.

Jammed yang super dahsyat. Last2 naik Genting sat nak sejukkan kereta.

Rezzqyna Nur Irdinie. Cousin yang muncul secara tiba-tiba. Bila lahir entah.



Rumoh Toksu Lah





Birthday boy on 1 Syawal, semua kedai kek tutup.

Something something Nur Irdina, cousin yang tetiba muncul jugak. Kakak Dinie.

Ada lagi 3 tahun nak rasa dapat duit raya :P





Cuti raya ni nak duduk rumah je, spend time dengan family sementara semua makhluk senget ada kat rumah. Next week semua dah balik asrama lah, kolej lah. Till then. Next update mungkin tahun depan. Hoho

Friday, May 4, 2012

True Hero

Assalammualaikum.

Yeah, happy birthday to meeee. Well, terima kasih dekat semua orang yang wish + doa, dalam sms, bbm, twitter, live shoutout dalam kelas. :D

Dah tulis entry ni masa malam tu, tapi tetiba ada blackout lepas tu nak save dah x boleh lepas tu hilang macam tu je. Masa tu nak tidur dah, type2 kejap, dah secara tiba2 rumah gelap gelita. Lepas tu ada mokcik2 PR (premier residency) ni menjerit2, seruh keluar bilik, ingat kan ada apa la. Keluar2, ada oreo cheese cake buat sendiri seketoi atas meja :') siap ada camera man lagi tunggu snap2 macam retis pulak ai rasaaa. Masalahnya camera man tu duk snap2 masa orang tengah serabai. Tapi takpe, gambar semua cung2, tapi tak boleh la nak upload kan. Sayang housemates!

Sebenarnya....... manusia yang paling layak diraikan pada hari ini (3rd May) ialah orang yang sanggup berhempas pulas sanggup gadaikan nyawa 22 17 tahun dahulu. Kalau lah beliau putus asa pada masa tu, maka tak de lah manusia ohsem yg akan tulis blog ni.

Menurut beliau, baby yang over berat ni lahir sampai kena guna vacuum, sebab susah sangat nak keluar. Patut lah sampai besar ni degil bebenor. Haish *gelengkepala* Dah lah lahir tengah2 hari buta! Kacau waktu lunch je kan.

Cuba korang pergi bukak kat utube tengok macam mana orang bersalin lepas tu try bersalin, ada bran??  

Itulah dia true hero masa hari kejadian, tanpa beliau, tak dapek lah den nak nengok dunia ni ha. Dengan izin Allah swt of course. Dan tanpa ayah, tak mungkin hidup aku se selesa ni sampai sekarang.

Terima kasih ibu ayah, my true heroes! 

Allah SWT berfirman yang bermaksud:


 “Dan Tuhanmu sudah perintahkan, supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada usia tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar), sekalipun perkataan ‘uuh’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.” (Surah al-Israk ayat 23-24).